Harian Metro

Ketengah konsep suai padan

-

Boleh cuba seluar denim kapas dipadankan kebaya

idea mengetenga­hkan beberapa koleksi yang agak unik untuk Aidilfitri seperti sut blaus dan seluar, sut Punjabi dan seluar denim kapas yang boleh disuai padan dengan kebaya.

“Kebiasaann­ya menjelang Aidilfitri, hampir semua butik mengetenga­hkan busana tradisiona­l atau jubah, namun tahun ini kami mahu mencuba sesuatu yang baru, tapi masih mengekalka­n ciri minimalis dan elegan untuk tampil menawan meraikan perayaan ini,” katanya.

Menurut ibu muda berusia 24 tahun ini, koleksi Aidilfitri Losravelda didatangka­n dalam lima koleksi bercorak dan lima koleksi polos dengan pemilihan warna pastel dan terang.

Katanya, rekaan terbaru sempena Aidilfitri itu juga bukan saja boleh dipakai ke majlis atau kasual malah sesuai dijadikan pakaian ke pejabat.

Selain pakaian wanita, butik itu juga menawarkan pakaian sedondon untuk ibu dan anak selain kurta lelaki bagi memudahkan keluarga memilih pakaian raya di satu tempat.

“Kami mahu memudahkan golongan ibu mencari pakaian untuk anak perempuan mereka di sini. Saiz bagi koleksi kanakkanak pula dari bayi hingga 12 tahun.

“Setakat ini, kami tidak menyediaka­n pakaian raya untuk kanak-kanak lelaki, mungkin pada masa akan datang kami mahu jadikan butik ini pusat setempat untuk sekeluarga membelibel­ah,” katanya.

Emira berkata, kebanyakan fabrik yang

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia