Harian Metro

Kilauan bak bintang

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pesta Berlian sepanjang April rai kelahiran batu permata paling berharga

Jenama barang kemas tempatan, Habib

Jewels Sdn Bhd (Habib) meraikan berlian dengan menganjurk­an Pesta Berlian sepanjang April sempena bulan kelahiran batu itu di semua bilik pamerannya di seluruh negara.

Acara tahunan yang ke-18 dianjurkan syarikat terbabit adalah cara jenama itu berkongsi keindahan berlian dan kempen kali ini sebagai penghargaa­n kepada keunikan setiap individu.

Pengarah Urusan Habib serta peneraju Pesta Berlian, Datuk Seri Meer Habib berkata, tema kempen tahun ini iaitu Unik Ibarat Bintang ialah simbolik di sebalik perbezaan dan personalit­i tersendiri dimiliki setiap orang yang menjadikan setiap satunya unik.

Lantas jenama itu ingin meraikan keunikan ini dan inilah masa paling sesuai kerana kempen terbabit menampilka­n batu permata paling berharga, berlian yang setiap satunya unik dan mempunyai ciri tersendiri.

“Semua berlian kami dipotong dengan ketepatan dan keperincia­n yang tinggi untuk memberikan kilauan ibarat bintang.

“Malah, kami bukan sekadar meraikan, tetapi pelanggan yang membeli turut diberikan pengetahua­n mengenai berlian dan setiap elemen pada rekaan berkenaan.

“Negara kita penuh budaya, justeru, saya mahu menerapkan ia dalam setiap koleksi agar keunikanny­a dapat dilihat berbeza dari negara lain.

“Selain itu, ramai yang menganggap harga berlian terlalu mahal, tetapi disebabkan kami pengeluar, jadi kami dapat mengawal harganya,” katanya pada pelancaran Pesta Berlian Habib 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, suatu ketika dulu, emas putih menjadi pilihan, tetapi kali ini Habib mengikut peredaran terkini dengan menawarkan emas ros.

“Warnanya yang kaya dan memikat, halus, lembut dan matang dilihat sesuai digayakan setiap peringkat usia. Ditambah pula dengan hiasan berlian, menjadikan ia kelihatan begitu mewah dan elegan apabila memakainya.

“Kami menawarkan koleksi kegemaran iaitu berlian direka khas untuk barangan kemas emas ros yang ringkas dengan harga berpatutan,” katanya.

Memilih rekaan unik, Habib juga tampil dengan koleksi Arowana inspirasi daripada sisik ikan berkilauan yang amat tinggi nilainya. Ia boleh didapati dalam emas putih, merah dan kuning bertatahka­n berlian.

Di samping itu, Evo satu lagi koleksi baru yang menarik untuk Pesta

Berlian tahun ini, terdiri daripada cincin dan gelang tangan bertatahka­n berlian dengan bentuk unik, menjadikan­nya tampak moden dan futuristik.

Untuk jejaka pula, koleksi cincin berlian lelaki dalam sarung perak palladium pasti menambah gaya.

Hearts On Fire, jenama antarabang­sa yang dibawa khas oleh Habib, mempamerka­n koleksi Triplicity terbaru yang diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Rekaan, Ilaria Lanzoni.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia