Harian Metro

JANJI BERUBAH

- Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling am@hmetro.com.my

„ Bapa Ahmad beri komitmen segera selesaikan urusan

dokumen pengenalan diri demi masa depan anak

FAKTA Cuba dapatkan pekerjaan tetapi gagal kerana

statusnya sebagai bekas

penagih

“Saya sayangkan anak saya. Saya akan ke pejabat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Isnin ini (esok) untuk uruskan dokumen pengenalan diri dia, sebelum ini saya tidak tahu macam mana nak buat, insya-Allah saya akan sampai untuk urusan ini demi masa depan anak,” kata Mohamad (bukan nama sebenar), 40-an, bapa kepada Ahmad, kanak-kanak yang melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka dua beranak.

Dia yang ditemui ketika selesai menerima rawatan di Klinik Cure & Care Chow Kit, awal pagi semalam memberikan komitmen itu kepada Ketua Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JKMWPKL) Zulyadain Limat yang menjejak kelibatnya di sekitar kawasan itu sebagai reaksi segera atas laporan muka depan akhbar ini, semalam.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri dua pegawai bahagian itu bersama wartawan, Mohamad mengakui dia cuba mendapatka­n pekerjaan untuk memberikan yang terbaik kepada Ahmad, tetapi gagal kerana statusnya sebagai bekas penagih.

Katanya, kerana tidak mahu berjauhan dengan anaknya, dia mengambil keputusan untuk membawa Ahmad ke mana saja termasuk tinggal di dalam khemah di kaki lima sebuah bangunan dekat sini sambil berusaha mencari kerja.

Mohamad berkata, sebagai bapa, dia berusaha memberikan yang terbaik kepada Ahmad namun kerana tiada dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir, tidak banyak yang boleh dilakukann­ya.

“Terima kasih kerana Encik datang jumpa saya. Hari Isnin ini saya akan ke pejabat berjumpa dengan pegawai untuk urusan berkaitan anak saya. Sebelum ini, Ahmad pernah ditahan kerana dilihat berkeliara­n,” katanya.

Sementara itu, Zulyadain berkata, pihaknya akan melihat secara keseluruha­n kes berkenaan sebelum memutuskan mengenai status penjagaan sama ada oleh agensi di bawahnya atau ahli keluarga berdekatan.

Katanya, ia akan diputuskan menerusi rundingan yang dijadual dalam masa terdekat dan pihaknya perlu meneliti semua kemungkina­n aspek sebelum membuat keputusan mengenainy­a.

“Dalam kes ini, ada pilihan, sama ada kita serah kepada bapanya sendiri untuk dijaga atau serah kepada keluarga lain yang layak dan bersesuaia­n dengan keadaan atau di rumah kanak-kanak. “Mungkin dia ada saudara sesuai yang boleh jaga dengan sebaik mungkin seperti mana orang lain. Kalau dia (ayah) jaga dan berlaku pengabaian, jabatan bagi pihak kerajaan boleh ambil dan letakkan di bawah jagaan kita,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (tengah) bapa kepada Ahmad ditemui di Klinik Cure & Care Chow Kit, semalam.
MOHAMAD (tengah) bapa kepada Ahmad ditemui di Klinik Cure & Care Chow Kit, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia