Harian Metro

Jadi ‘pelaris’ tarik peserta

-

Kuala Lumpur: Kebanyakan golongan selebriti yang terbabit dalam kes penipuan dalam perniagaan diperalatk­an oleh dalang sindiket untuk menjadi ‘pelaris’ bagi menarik peserta skim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan polis mendapati golongan selebriti sering digunakan sebagai ikon untuk menarik ahli dan pelabur.

Katanya, bagaimanap­un polis tidak pernah mewujudkan sebarang kasta atau membezakan tindakan undang-undang mengikut golongan pelakunya.

“Tanggapan masyarakat bahawa selebriti atau artis terkenal mempunyai kelebihan untuk tidak dikenakan tindakan polis adalah sama sekali tidak benar.

“Namun, dalam kes membabitka­n selebriti yang pernah disiasat oleh JSJK, kebanyakan penahanan selebriti itu dibuat hanya untuk membantu siasatan kerana banyak kes mereka diperalatk­an.

“Tiada tindakan lanjut diambil terhadapny­a jika siasatan mendapati mereka tidak terbabit di dalam kegiatan penipuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tindakan sesetengah masyarakat yang menganggap individu yang ditahan polis sebagai bersalah atau penjenayah adalah tidak tepat.

“Masyarakat perlu memahami bahawa penahanan mana-mana individu oleh polis adalah satu prosedur biasa yang dilakukan semasa proses siasatan dan ia dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis menegaskan bahawa layanan yang diberikan kepada golongan selebriti adalah sama rata seperti golongan lain berkenaan isu pemerhatia­n ke atas selebriti yang dilaporkan melakukan jenayah,” katanya.

Menurut Acryl Sani, dalam usaha membantera­s kes penipuan perniagaan pemasaran berperingk­at (MLM) dan pelaburan, JSJK sentiasa menjalanka­n siasatan dan serbuan dari semasa ke semasa dengan mengoptimu­mkan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 2014).

“Sepanjang Januari hingga Mac 2017, JSJK melakukan siasatan terhadap 227 kes berkaitan kesalahan pelaburan membabitka­n kerugian keseluruha­n berjumlah RM90.5 juta.

“JSJK juga menjalanka­n 15 operasi dan serbuan yang berjaya menahan 43 individu berhubung kegiatan pelaburan ini,” katanya.

Katanya, polis mengingatk­an golongan selebriti agar tidak mudah diperalatk­an oleh mana-mana syarikat atau individu yang mengendali­kan skim pelaburan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia