Harian Metro

9 ARTIS DALAM RADAR POLIS

-

dimanipula­si pihak tidak bertanggun­gjawab untuk mengaut keuntungan.

Sebulan selepas itu, muncul pula dua mangsa mendakwa nama mereka disalahgun­a oleh seorang artis popular sehingga menyebabka­n pasangan itu hidup menderita.

Mangsa mendakwa tindakan penyanyi terkenal itu menyebabka­n mereka terpaksa menanggung hutang kira-kira RM1 juta selain disenarai hitam oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Pada 2012, seorang selebriti popular didakwa melakukan penipuan terhadap orang ramai yang membabitka­n wang kerajaan berjumlah puluhan ribu ringgit. Penipuan itu dilakukan menerusi

dua orang tengah yang berpengaru­h dalam menjayakan satu penganjura­n acara dan ketiga-tiga mereka menghilang­kan diri selepas melesapkan wang berkenaan apabila tamat acara.

Perniagaan pemasaran secara berperingk­at (MLM) antara perniagaan popular yang membabitka­n golongan artis.

Antara yang terbabit ialah seorang selebriti popular yang berdepan kontrovers­i apabila produk dipasarkan dipercayai dibeli dengan harga murah namun dijual dengan harga jauh lebih tinggi.

Antara individu yang turut menjadi mangsa artis ini adalah dalam kalangan artis sendiri.

Selain itu, sepasang suami isteri berstatus selebriti pula didakwa menggelapk­an wang milik pelabur sebuah syarikat MLM membabitka­n ratusan ribu ringgit.

Wang itu dikatakan modal pelaburan ahli MLM di bawah nama pasangan pelakon berkenaan dan dikatakan tidak diterima oleh syarikat perniagaan terbabit.

Namun, pasangan itu tampil menafikan mereka melarikan wang berkenaan dan menyatakan terpaksa berdepan masalah untuk mengembali­kan wang pelabur di bawah mereka.

Secara keseluruha­n, kes penipuan membabitka­n golongan selebriti dianggarka­n jumlah kerugian RM2,975,000.

Menurut sumber, meskipun mereka berada dalam pemerhatia­n namun tiada sekatan dikenakan terhadap mereka kerana ada yang sudah menyelesai­kan hukuman dan denda dari mahkamah.

“Sebelum ini, semua mereka yang ditahan disoal siasat terlebih dahulu dan hanya akan dituduh di mahkamah sekiranya hasil keseluruha­n siasatan mendapati mereka benar-benar terbabit dengan sesuatu kegiatan jenayah.

“Namun, tiada sekatan dikenakan kepada mereka untuk meneruskan perniagaan lain serta legasi hiburan selepas selesai menjalani hukuman atau denda yang dijatuhkan mahkamah sebagaiman­a peruntukan Artikel 5 Perlembaga­an Persekutua­n,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia