Harian Metro

Nana nafi jadi punca GGV ‘trending’ di media sosial

-

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias, 32, menafikan dakwaan pengaruh dirinya yang makin popular menjadi punca program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) dihoskanny­a kini berjaya ‘trending’ di Twitter pada saingan minggu pertama disiarkan, Sabtu lalu.

Siti Nordiana atau Nana berkata, dia melihat kejayaan GGV ‘trending’ pada minggu lalu disebabkan kekuatan program itu sendiri.

“Nana tak rasa kejayaan GGV ‘trending’ itu disebabkan saya seorang. Bagi saya, ia kejayaan berpasukan.

“Bila sebut berpasukan, semestinya membabitka­n kerja keras banyak pihak seperti tenaga kerja produksi, peserta yang bertanding dan gandingan pengacara.

“Memang tidak adil jika dikatakan kejayaan berkenaan diperoleh hanya berpunca atas dasar pengaruh populariti saya.

“Pada saya, berjayanya sesuatu program TV itu hingga menjadi ‘trending’ ketika bersiaran disebabkan kerjasama diberi oleh semua pihak yang terbabit,” katanya.

Dakwaan itu timbul berikutan jumlah pengikut

Nana di

Instagram (IG) kini seramai 1.8 juta sejak dia dinobatkan

>>Ingatan Mazidul hampir pulih sebanyak 80 peratus

sebagai juara Gegar Vaganza 2 (GV2) pada 2015.

Begitu juga, kejayaan

Nana dalam lakonan selepas membintang­i drama Dia Semanis Honey, tahun lalu termasuk dia juga baru muncul dengan single baru, Terus Mencintai yang makin menambat hati peminat.

Apapun, Nana berkata, dia tetap bersyukur dan berterima kasih apabila digandingk­an bersama Achey dan Fikri (Lawak Solo) sebagai pengacara.

Kali pertama mengacarak­an program secara langsung di TV, Nana mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki­nya.

GGV mula ditayangka­n sejak 8 April lalu dari Pusat Konvensyen CIDB Cheras, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Oasis selama lapan minggu.

Seramai 10 peserta bertanding secara solo dan berkumpula­n untuk merebut hadiah lumayan, RM100,000 jika menjadi juara.

Barisan peserta GGV ialah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi (Caliph Buskers), Izam (EYE), Wani, Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC.

Manakala tiga juri profesiona­l yang mana dua daripadany­a tetap ialah komposer dan penerbit terkenal Farihin Abdul Fattah serta pelakon dari Indonesia

Oki Setiana

Dewi.

 ??  ?? SITI Nordiana
SITI Nordiana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia