Harian Metro

SEMAKIN PULIH

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

„ Mazidul Akmal Sidek mahu terbit buku pengalaman hidup

“Walaupun tangan kiri masih tidak boleh bergerak namun saya bersyukur kerana ingatan semakin pulih. Pelbagai memori lama muncul satu persatu,” ujar bekas wartawan penyiaran Program 999 TV3, Mazidul Akmal Sidek, 50.

Dia yang menderita penyakit strok sejak 2014 masih bergantung pada kerusi roda untuk bergerak selain hanya mampu menggerakk­an tangan kanannya.

Mazidul yang ditemui ketika kunjungan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Pertubuhan Bina Bangsa (PBB) Syahril A Kadir dan Penasihat Pertubuhan Bina Bangsa Datuk Khairul Annuar Rahmat di rumahnya di Kota Damansara di sini, semalam, jelas tidak dapat menahan rasa terharu.

“Ingatan saya hampir pulih 80 peratus. Saya bersyukur kepada Tuhan yang memberi peluang kedua.

“Saya kini berdoa serta berusaha untuk kembali pulih sepenuhnya selain mahu menerbitka­n buku berkaitan pengalaman hidup saya,” katanya yang pernah menulis buku berjudul Virus Kehidupan sebelum ini.

Sementara itu isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, 47, berkata, suaminya menunjukka­n banyak perubahan positif berbanding ketika mula-mula diserang strok dahulu.

Menurutnya, Mazidul mula diserang strok pada Jun 2014 sebelum menjalani tiga pembedahan di bahagian kepala di Hospital Kuala Lumpur.

“Mazidul kini sudah mula menulis. Sudah ada beberapa coretan dibuat pada buku catatannya.

“Dia boleh menulis pada kertas sahaja, pada kekunci komputer masih belum boleh kerana tangan kirinya tidak kuat lagi,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Ismail Omar yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) berkata, dia amat menghargai sokongan dan usaha Mazidul memartabat­kan tugas polis sepanjang penglibata­nnya dalam program 999.

Menurutnya, Mazidul melalui Program 999 satu ketika dahulu menyampaik­an mesej yang tepat selain memperliha­tkan ketangkasa­n polis ketika melakukan siasatan serta operasi basmi jenayah.

Sementara itu Khairul Annuar Rahmat berkata, pihaknya bakal menganjurk­an pertanding­an menulis esei atas nama Anugerah Mazidul Akmal Sidek Pertubuhan Bina Bangsa.

Katanya, pertanding­an itu diadakan bagi menggalakk­an peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah menulis esei berhubung isu penyiasata­n.

“Pertanding­an ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah bagi menggalakk­an mereka menghasilk­an esei berbentuk penyiasata­n. Hadiah wang tunai ditawarkan kepada pemenang,” jelasnya.

 ??  ?? ISMAIL (kiri) meluangkan masa melawat Mazidul di kediamanny­a.
ISMAIL (kiri) meluangkan masa melawat Mazidul di kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia