Harian Metro

BEREBUT CINTA

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

„ Lelaki dipukul, diculik di depan rumah

Berebut cinta dipercayai menjadi punca seorang lelaki dipukul dan diculik di hadapan kediamanny­a di Taman Kinrara Puchong, di sini, oleh sekumpulan penjenayah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, mangsa berusia 21 tahun diserang 10 lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi dan Proton Waja ketika berada di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, semua suspek yang menaiki dua kenderaan itu datang ke rumah mangsa dan meminta dia keluar untuk berbincang.

“Sebaik keluar, dia dipukul dan dipaksa memasuki kereta Perodua Myvi sebelum suspek memecut lari ke lokasi yang tidak diketahui.

“Beberapa jam kemudian, kenderaan dinaiki mangsa berhenti di Sungai Way, Petaling Jaya, sebelum dia dibawa keluar dan dibelasah beramai-ramai oleh suspek,” katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya melarikan diri sebelum menghubung­i abangnya.

Megat berkata, mangsa yang cedera di badan dan kepala dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa kini menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

“Keterangan daripada mangsa diambil termasuk maklumat berkaitan suspek yang terbabit dalam kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha memburu mereka giat dijalankan.

“Berdasarka­n keterangan awal, motif kejadian ada kaitan dengan wanita. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 365/326 Kanun Keseksaan kerana culik dan mendatangk­an kecederaan,” katanya.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut menjadi tular di Facebook, sejak semalam.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n mangsa dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan tular di media sosial.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n mangsa dipaksa masuk ke dalam sebuah kenderaan tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia