Harian Metro

Acu pisau kena tegur

-

Empat lelaki ditahan manakala seorang diburu polis daerah ini selepas mengamuk serta mencederak­an pekerja kedai makan di Labis, di sini, hanya kerana ditegur menumpahka­n air minuman.

Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, pekerja lelaki berusia 20-an itu cedera di muka dan diacukan pisau pemotong daging oleh sekumpulan lelaki yang naik angin selepas ditegur berikutan seorang daripada mereka tertumpah air dipesan pelanggan lain.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Raub Selamat berkata, lima lelaki berusia 15 sehingga 29 tahun itu pada mulanya makan dan berbual di restoran itu dengan nada suara tinggi sehingga menimbulka­n gangguan kepada pelanggan lain.

Katanya, tangan seorang daripada mereka terlanggar gelas minuman panas dibawa pekerja restoran menyebabka­n ia tumpah ke lantai.

“Mangsa menasihati kumpulan itu

“Namun tindakan mangsa menyebabka­n mereka berang dan diacu sebilah pisau pemotong daging ke lehernya,” katanya. Seorang bekas pemain pertahanan bola sepak kebangsaan ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung mengatur perlawanan Liga Perdana.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 21 April ini.

Tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 itu dibuat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek dibawa ke mahkamah, di sini, oleh pegawai SPRM jam 9.23 pagi dan dilihat memakai baju lokap warna jingga dengan tangan bergari.

Kelmarin, suspek menyerah diri kepada suruhanjay­a berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, jam 10.45 pagi bagi membantu siasatan kes mengatur keputusan

 ??  ?? BEKAS pemain pertahanan kebangsaan dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi perintah reman.
BEKAS pemain pertahanan kebangsaan dibawa ke Mahkamah Putrajaya bagi perintah reman.
 ??  ?? PISAU yang dirampas.
PISAU yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia