Harian Metro

HABIS-HABISAN

-

berdaftar serta tidak bernotifik­asi diseludup dari Korea Selatan.

“Syarikat terbabit disyaki menyeludup masuk produk ini menggunaka­n khidmat syarikat penghantar­an dan mengedarka­nnya melalui salun kecantikan serta individu.

“Rawatan dan suntikan di salun kecantikan akan dilakukan doktor yang dipanggil mengikut pakej dipilih pelanggan.

“Bagi individu

ditahan, mereka menggunaka­n media sosial, Facebook dan Instagram untuk mempromosi­kan rawatan serta suntikan yang dilakukan sendiri di tempat pelanggan atau di salun yang ditentukan,” katanya di sini, semalam.

Dr Zainudin berkata, tindakan diambil susulan risikan dilakukan Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak dua bulan lalu terhadap syarikat dan individu terbabit.

”Bagi meyakinkan pelanggan terhadap produk suntikan digunakan, individu terbabit berselindu­ng atas nama syarikat ‘maya’ yang hanya wujud dalam talian.

“Selain itu, penghantar­an kepada pelanggan melalui pos disyaratka­n bagi pembelian kosmetik sekurang-kurangnya RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan -Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1964 kerana memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar, Peraturan 18(A)(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki kosmetik tidak berdaftar.

Katanya, sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat, hukuman mengikut Seksyen 12 (2) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM50,000,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN
Harian Metro, 13 April lalu. PEGAWAI Cawangan Penguatkua­sa Farmasi
Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur merampas pelbagai produk cecair kosmetik
haram dalam serbuan sejak tiga hari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 13 April lalu. PEGAWAI Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur merampas pelbagai produk cecair kosmetik haram dalam serbuan sejak tiga hari lalu.
 ??  ?? ANTARA kosmetik yang dirampas hasil penahanan seorang gadis di Cheras,
kelmarin.
ANTARA kosmetik yang dirampas hasil penahanan seorang gadis di Cheras, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia