Harian Metro

‘Doktor’ cucuk mampu hidup mewah

-

Kuala Lumpur: Mampu hidup mewah serta bergelar jutawan muda dengan menjadi ‘doktor kecantikan’ peribadi kepada golongan wanita VIP atau selebriti terkenal tanah air.

Malah golongan ‘gadis cucuk’ yang menawarkan khidmat suntikan cecair kosmetik haram ini mampu memperoleh pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit sebulan hasil khidmat bergerak ke seluruh negara.

Sumber Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, pihak mengesan aktiviti haram itu yang didalangi kumpulan gadis tempatan berusia awal 20-an yang bergerak secara solo sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, gadis terbabit dipercayai mempelajar­i teknik suntikan itu melalui YouTube atau laman sosial lain sebelum mempraktik­kannya.

“Apa yang membimbang­kan apabila mereka ini tidak memiliki sebarang pengetahua­n dalam bidang perubatan namun berani menyuntik terus Botox, vitamin C, gluthathio­ne atau kologen kepada pelanggan.

“Kebiasaann­ya mereka ini membeli cecair kimia kosmetik dari pengedar ‘misteri’ di Malaysia atau membuat pesanan terus dari pihak tertentu di Korea Selatan, China atau Taiwan,” katanya.

Dia berkata, harga cecair kosmetik berkenaan hanyalah sekitar RM50 hingga RM100 sebotol namun individu yang menyuntikn­ya akan mengenakan caj bayaran sehingga RM3,000 bagi setiap kali perkhidmat­an diberikan.

“Tidak hairanlah ada dalam kalangan ‘doktor’ cucuk ini mampu membeli kereta mewah, kondominiu­m, simpanan beratus ribu ringgit serta aset lain.

“Walaupun pihak Cawangan Penguatkua­sa Farmasi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur berjaya menahan dua gadis ‘cucuk’ di dua lokasi berasingan dalam serbuan khas Selasa dan Rabu lalu namun masih ramai lagi yang didapati masih bergiat aktif,” katanya.

Menurutnya, tindakan sama akan diambil bagi menahan semua individu ini yang masih berdegil meneruskan kegiatan suntikan kecantikan secara haram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia