Harian Metro

GADIS BUAH PINANG

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Mungkin kerja memproses buah pinang agak asing bagi sesetengah orang dan ramai beranggapa­n kebiasaann­ya dilakukan golongan warga emas bagi menambah pendapatan.

Bagaimanap­un, ia berbeza buat seorang remaja perempuan kerana memiliki kebolehan memproses buah pinang untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan keluargany­a.

Nor Fazlin Azirah Razali, 18, atau dikenali sebagai gadis buah pinang dari Kampung Peneh, di sini, berkata dia tidak kekok untuk melakukan kerja tradisi mengutip, membelah, mengupas dan menjemur buah pinang yang dilakukann­ya dengan serius sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, bapanya turut menanam kira-kira 40 batang pokok pinang di kawasan kebun getah milik keluargany­a dan ia dijadikan sebagai pendapatan tambahan keluarga.

Katanya, untuk proses awal buah pinang yang dikait perlu terus dibelah manakala buah yang gugur pula dijemur terlebih dahulu.

“Walaupun kerja ini nampak mudah, tetapi ia tidak seperti disangka kerana membelah buah pinang memerlukan kudrat selain mengupas dan mengambil isi di dalamnya.

“Proses menjemur pula perlu dilakukan selama dua hari bagi membolehka­n isi buah pinang kering sepenuhnya,” katanya yang membantu perusahaan pinang yang dijalankan keluargany­a sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, musim buah pinang masak adalah sekitar Mac hingga Ogos, dan buah yang siap diproses boleh dijual pada harga antara RM5 dan RM8 sekilogram bergantung kepada permintaan.

Katanya, golongan muda mungkin susah untuk melakukan kerja tradisi masyarakat setempat itu kerana dianggap

„ Remaja perempuan 18 tahun miliki kemahiran lazimnya dikuasai golongan tua

kotor, tetapi dirinya menganggap pekerjaan tradisi berkenaan perlu dikekalkan.

“Terdapat seramai 30 pengusaha buah pinang yang kebiasaann­ya dilakukan wanita warga emas di kampung ini dengan kira-kira 40 kilogram buah pinang mampu diproses setiap bulan.

“Pada mulanya saya mempelajar­i daripada ayah dan ibu mengenai cara untuk memproses buah berkenaan dan hingga kini masih menerima tunjuk ajar mereka terutama bagi menentukan buah yang boleh dibelah atau perlu dijemur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia