Harian Metro

GELOMBANG BUNYI KESAN KETAHANAN POKOK Bukan mudah kekalkan keindahan taman

-

Taiping: Penyeliaan Taman Tasik Taiping bukan tugas mudah kerana pelbagai aspek perlu dilakukan bagi memastikan kawasan tasik itu berada dalam keadaan baik termasuk aspek kebersihan selain penjagaan spesies flora yang terdapat di sekitarnya.

Ketua Unit Taman Tasik Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) Samsuddin Abd Rahman berkata, kakitangan di unit berkenaan akan menjalanka­n pekerjaan untuk memastikan tidak terdapat sampah di dalam tasik setiap hari.

Katanya, sikap pengunjung yang masih tidak sensitif terhadap alam sekitar di tasik itu menyebabka­n terdapat sampah di dalam tasik berkenaan dan tugas untuk mengutip sampah di tengah tasik terpaksa dilakukan

Teknologi terkini nilai kesihatan, tahap bahaya hujan-hujan

menggunaka­n sampan.

Menurutnya, dari aspek penjagaan flora pula, kakitangan unit berkenaan akan memastikan tiada dahan kering yang berbahaya kepada pengunjung dengan memotongny­a serta perlu melakukan rondaan di sekitar taman tasik itu bagi memastikan ia berada pada tahap terbaik.

“Kawasan ini menjadi tumpuan dan tanggungja­wab diamanahka­n MPT kepada kita sebagai kakitangan akan dijalankan dengan baik bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamata­n di taman tasik ini terjaga.

“Kebersihan akan dititikber­atkan dan lokasi ini juga menjadi tempat untuk keluarga bersantai termasuk berkelah dan makan di tepi tasik, justeru itu sampah sarap perlu sentiasa dijaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Landskap MPT, Mior Rosli Abdullah berkata, kakitangan di Unit Taman Tasik akan menjalanka­n kerja-kerja menjaga kawasan tasik berkenaan.

Katanya, pembersiha­n parasit di atas pokok terutamany­a pokok hujan-hujan turut dijalankan bagi membolehka­n tiada unsur perosak di atas pokok berkenaan yang boleh menjejaska­n strukturny­a.

“Kami sentiasa peka terhadap pelbagai aspek yang dititikber­atkan dalam penjagaan flora di sekitar kawasan taman tasik ini kerana ia merupakan daya tarikan utama taman tasik ini,” katanya.

 ?? Mior Rosli Abdullah ?? Kami sentiasa peka terhadap pelbagai aspek yang dititikber­atkan dalam penjagaan flora di sekitar kawasan ini kerana ia merupakan daya tarikan utama taman tasik ini”
Mior Rosli Abdullah Kami sentiasa peka terhadap pelbagai aspek yang dititikber­atkan dalam penjagaan flora di sekitar kawasan ini kerana ia merupakan daya tarikan utama taman tasik ini”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia