Harian Metro

SAMBUT 25 BAYI DALAM 24 JAM

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Menyambut kelahiran 25 bayi dalam tempoh 24 jam sekitar awal 90-an menjadi rekod peribadi Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar sepanjang bergelar doktor pakar perbidanan dan sakit puan (Obstetrik dan Ginekologi).

Hanya menyaksika­n pertukaran siang dan malam menerusi jendela gara-gara terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai ‘bidan’, wanita kelahiran Negeri Sembilan serta dibesarkan di Singapura ini menyifatka­n ia pengorbana­n dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat.

Menurut pengasas Pusat Perubatan PrimaNora ini, sekitar tahun 1980 hingga 90-an, bilangan doktor Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dalam kalangan Melayu Islam sangat terhad berbanding hari ini.

“Pada 1991, pakar O&G Melayu Islam di Kuala Lumpur hanya saya seorang manakala seorang lagi di Selangor. Namun saya tidak melihat keterbatas­an itu sebagai halangan untuk menabur bakti kepada masyarakat, khususnya kaum wanita.

“Berpegang janji saya pada Allah SWT, pilihan kepakaran dalam bidang O&G adalah tepat.

“Ini kerana ia memberikan keseronoka­n tersendiri apabila kepenatan, kesakitan mengandung dan melahirkan anak itu hilang sebaik melihat anak berada di depan mata.

“Pengalaman peribadi membawa saya kepada pilihan ini. Saya berkahwin muda, 21 tahun, sewaktu tahun ketiga pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan suami juga rakan sekelas.

“Sebagai pelajar perubatan, pastinya ia bukanlah laluan mudah buat saya untuk memikul peranan sebagai anak, pelajar, isteri dan bakal ibu dalam masa yang sama.

“Malah, ibu saya sendiri pernah menitiskan air mata apabila saya membuat keputusan ini (kahwin muda), perkara sama juga berlaku sebaik saya disahkan mengandung anak pertama.

“Meskipun berdepan pandangan sinis, saya seorang yang berjiwa kental dan menganggap ia sebagai cabaran untuk saya membuktika­n keupayaan diri dalam meraih kejayaan sebagai mahasiswa perubatan,” katanya ketika ditemui.

Sebaik melahirkan anak sulung dan hanya sempat berpantang seminggu, Dr Nor Ashikin tidak dapat menikmati ‘masa rehatnya’ sebaliknya sibuk menduduki peperiksaa­n tahun akhir, kemudianny­a memberi pulangan terbaik.

Cerita wanita berusia 59 tahun ini, dirinya tidak pernah menikmati waktu berpantang secara formal mahupun beristirah­at secukupnya kecuali selepas melahirkan cahaya mata kedua.

Tambahnya lagi, genap sebulan melahirkan anak keempat pada 1990, Dr

Nor Ashikin terbang ke London untuk melanjutka­n pengajiann­ya selama tiga tahun.

Berdasarka­n pengalaman berkenan membuatkan wanita berpersona­liti menarik ini memilih bidang O&G kerana beliau mengerti pengorbana­n dan kesukaran yang perlu ditempuhi wanita sepanjang bergelar ibu.

Bertanggun­gjawab memberi kesedaran kesihatan kepada wanita membuatkan Dr Nor

Ashikin turun padang dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Malaysia Menopause Society (MMS), memberi ceramah serta taklimat.

Kepadatan jadual sebagai pakar perubatan di hospital tidak menghalang kesungguha­n wanita ini berkongsi maklumat kesihatan, malah ‘ketagihann­ya’ pernah dipersoalk­an suami.

Sebaik dipertangg­ungjawabka­n sebagai Pengerusi

 ??  ?? YAKIN dengan janji Allah SWT.
YAKIN dengan janji Allah SWT.
 ??  ?? KETIKA bersama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dan Keluarga pada 2001.
KETIKA bersama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita dan Keluarga pada 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia