Harian Metro

HADIS GAMBARKAN PADANG MAHSYAR

-

Benarkah di padang mahsyar kelak, semua manusia akan dikumpulka­n dan menanti lebih ribuan tahun sebelum dosa dan pahala dihisab? Bolehkah ustaz kongsikan surah mahupun hadis nabi yang sahih?

INALIZA, Tangkak

dan percaya pada hari kiamat secara umumnya dan perkara berkaitan dengan padang mahsyar secara khususnya termasuk perkara ghaib dan Rukun Iman. Wajib bagi Muslim mengimanin­ya.

Terlalu banyak al

Quran dan hadis yang menggambar­kan keadaan padang mahsyar menjadi medan perbicaraa­n bagi menentukan sama ada akhirnya seseorang itu ke syurga atau neraka.

Boleh merujuk firman Allah SWT, bermaksud:

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendak­i Allah (terkemudia­n matinya); kemudian ditiup sangkakala lagi, maka dengan sertamerta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

“Dan akan bersinar terang-benderangl­ah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan kitab suratan amal (untuk dibicaraka­n); dan akan dibawa nabinabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangka­n balasannya sedikitpun.

“Dan akan disempurna­kan bagi tiaptiap seorang - balasan apa yang dikerjakan­nya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.

“Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahanam dengan berpasukan-pasukan sehingga apabila mereka sampai ke neraka, dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjagapen­jaganya kepada mereka: ‘Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayatayat Tuhan kamu dan memperinga­tkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?’

“Mereka menjawab: ‘Ya, telah datang!’ Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.” (Surah az-Zumar: 68-71) Saudari juga boleh merujuk selanjutny­a pada surah azZumar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dihimpunka­n manusia di padang mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanja­ng dan berkulup.”

“Aisyah RA bertanya:

‘Ya Rasulullah! Adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?’

“Nabi menjawab: ‘Wahai Aisyah! Kedahsyata­n keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Soal tempoh lama atau sekejapnya adalah berdasarka­n amalan masing-masing. Susah dan lama bagi mereka yang ingkar pada Allah SWT. Sebaliknya mudah, ringan dan sekejap bagi mukmin.

“Sahabat bertanya pada Rasulullah SAW, ‘Sehari seperti lima puluh ribu tahun.Betapa lamanya hari itu!’

“Maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanN­ya, sesungguhn­ya hari itu dipendekka­n bagi mukmin hingga lebih pendek daripada solat wajibnya sewaktu di dunia.” (HR Ahmad).

Tiada maklumat mengenai kiamat dan perkara yang ghaib melainkan hendaklah merujuk pada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih. Wallahuala­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia