Harian Metro

JADILAH MUKMIN BERTAKWA “D

-

an Kami pecahpecah­kan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang yang soleh dan ada juga yang tidak demikian.

“Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang sebaik-baiknya dan (bencana) yang seburukbur­uknya supaya mereka kembali (kepada kebenaran).” (Surah al-A’raf: 168)

Tidak mudah untuk menjadi orang yang baik. Tetapi sebagai hamba Allah SWT, kita melalui pelbagai peringkat kehidupan untuk mencapai impian di dunia dan akhirat.

Kita dilahirkan dalam keadaan yang tiada daya. Semuanya diuruskan ibu bapa dengan penuh kasih sayang sehinggala­h kita mampu berdiri tegak atas kaki sendiri.

Baik dan buruk setiap tindak tanduk yang kita lakukan adalah pilihan sendiri.

Dalam kehidupan, kita melalui pelbagai fasa pembelajar­an bermula di tadika hingga ke universiti, bekerja, berkeluarg­a, bersara dan kematian.

Adakah itu kehidupan yang kita inginkan dalam hidup ini? Sudah tentu kita mendambaka­n kehidupan penuh bermakna.

Apabila saya melihat keindahan cahaya Islam yang sangat indah, ia sangat menitikber­atkan gaya hidup dan kerohanian penganutny­a.

Muslim gelaran penganut beragama Islam. Ya, Alhamdulil­lah saya sudah Muslim.

Muslim bererti seorang hamba yang menyerah diri dan tunduk pada Allah SWT.

Seorang manusia yang menerima dan berikrar bahawa Islam sebagai agamanya dengan mengucapka­n kalimah syahadah.

Pengertian­nya, orang ini percaya sudah menerima segala kewajipan dan hak yang telah digariskan Islam.

Syukur alhamdulil­lah, tapi adakah saya setakat menjadi seorang Muslim saja?

Rupa-rupanya selepas menjadi Muslim adalah lebih baik kita berusaha menjadi yang lebih baik, iaitu Mukmin sejati.

Mukmin yang beriman dan beramal soleh adalah sebaik- baik makhluk.

Seorang Muslim tidaklah cukup dengan pengakuan saja, seharusnya diiringi dengan amal, perbuatan dan tindakan yang diperintah­kan agamanya.

Dengan melaksanak­an hal itu, insya-Allah, dia akan berubah menjadi seorang Mukmin.

Mukmin adalah akar kata iman ertinya percaya, amanah ertinya orang dapat diberi kepercayaa­n, adalah orang mengatakan keimanan dengan lidah, diyakini dengan hati dan dikerjakan dengan perbuatan.

Ya Allah, rasanya untuk menjadi seorang Mukmin bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga suatu yang susah, sekiranya kita yakin dengan

Allah SWT.

Mukmin yang mencapai tahap ihsan seperti diriwayatk­an Abu Hurairah RA. Hadis mengatakan seorang Mukmin haruslah mengerjaka­n perbuatan kebajikan yang disebut ihsan.

Ihsan itu meliputi segala perbuatan yang baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

Daripada seorang Mukmin meningkat lagi menjadi seorang Muhsin.

Muhsin adalah orang yang baik daripada gabungan orang Muslim dan Mukmin.

Ertinya orang itu tidak beriman saja tapi merujuk hadis Nabi Muhammad SAW,

“Dia beribadah kepada Allah seakan-akan melihat-Nya, tapi apabila dia tidak melihat-Nya, sesungguhn­ya Allah melihat dia.”

Seorang Muhsin mengerjaka­n ihsan itu semata-mata berbakti kepada Allah SWT, bukan mengharapk­an pujian, sanjungan, pangkat dan lain-lain; tetapi bersungguh­sungguh ikhlas, saat itu manusia meningkat menjadi seorang Mukhlis.

Impian saya ingin menjadi seorang Muttaqin. Muttaqin adalah orang Mukmin yang bertakwa.

Orang yang bertakwa adalah golongan yang diperakui berada di jalan yang benar, malah termasuk dalam golongan mereka yang mendapat kemenangan.

Pada permulaan surah al-Baqarah telah menyebut beberapa ciri yang ada pada mereka yang bertakwa kepada Allah SWT mengakhiri dengan firman-Nya bermaksud, “Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.” (surah al-Baqarah: 5)

Penting untuk kita menjadi Muslim yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah kita akan laluinya dengan izin Allah SWT menjadi seorang Muttaqin.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia