Harian Metro

Jaga hubungan sesama manusia

-

Menjaga hubungan baik sesama manusia atau dipanggil ‘hablun minannas’ antara prinsip utama untuk kita bahagia. Hubungan baik sesama manusia ini dengan melakukan kebaikan kepada orang lain sebagai contoh menjaga perasaan orang lain atau melakukan sesuatu kebaikan untuknya.

Betapa sulitnya kehidupan ini jika kita sesama manusia tidak saling berbuat baik.

Betapa kacaunya kehidupan bermasyara­kat kalau manusia selalu berbuat keburukan dan kezaliman sesama sendiri.

Apatah lagi dalam zaman moden ini, tidak ada manusia yang mampu hidup tanpa saling berbuat baik ataupun bekerjasam­a dengan orang lain.

Sungguh kita tidak akan mampu memenuhi semua yang kita inginkan dalam hidup ini tanpa bantuan orang lain. Oleh sebab itulah Allah telah memerintah­kan kita untuk sentiasa berbuat baik atau melakukan kebaikan terhadap sesama insan.

Perintah berbuat kebaikan.

Antara kasih sayang Allah kepada hamba-Nya adalah perintah untuk selalu berbuat kebaikan, kerana kebaikan itu akan kembali dirinya. Ini adalah untuk kemaslahat­an manusia agar selamat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

Dalam surah an-Nahl ayat 90, Allah telah menyuruh manusia untuk berbuat kebaikan dan sekali gus melarang manusia untuk berbuat keji dan sesungguhn­ya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkara­n dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran.

Sesungguhn­ya Allah telah sangat banyak berbuat baik kepada hamba-Nya dan Allah memerintah­kannya untuk berbuat baik pula. Allah berfirman yang bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada manusia) sebagai mana Allah telah berbuat baik kepadamu.” (al-Qashash: 77)

Manfaat berbuat kebaikan

Setiap kebaikan yang dilakukan seseorang pastilah kebaikan itu akan kembali kepadanya. Jika seseorang suka menolong pasti akan ditolong, jika seseorang suka memaafkan pasti akan dimaafkan.

Jika seseorang suka permudahka­n urusan orang lain, maka pada suatu waktu dia mendapat kesulitan pasti akan ada saja yang menolongny­a, Insya-Allah. Begitupun sebaliknya. Ini sunatullah.

Allah berfirman: “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula.” ( ar-Rahman: 60)

Jadi, sangatlah dianjurkan untuk sentiasa berbuat kebaikan. Rasulullah SAW mengingatk­an kita untuk tidak berbuat buruk pada orang lain. Baginda bersabda yang bermaksud: Orang Islam itu ialah orang yang selamat orang Islam lainnya daripada gangguan lidah dan tangannya.” (HR Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)

Tingkatan dalam berbuat baik

Pertama: Tidak mengganggu dan tidak menyusahka­n orang lain. Inilah fasa awal dalam berbuat baik. Andai kata seseorang belum mampu berbuat kebaikan, maka janganlah mengganggu atau menyusahka­n orang lain. Tidak mengganggu atau tidak menyusahka­n orang lain juga sudah termasuk sebagai kebaikan

Kedua: Melakukan perkara bermanfaat untuk orang lain.

Ini fasa kedua dalam berbuat kebaikan. Seorang hamba perlu berusaha menjadi manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Sekecil apa pun kebaikan yang kita lakukan akan ada nilainya di sisi Allah. Antaranya memberi salam dengan senyum kepada sesama Muslim.

Ketiga: Berbuat lebih baik kepada orang yang telah berbuat baik. Ini fasa ketiga dalam berbuat kebaikan. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberi penghormat­an dengan sesuatu penghormat­an, maka balaslah penghormat­an itu dengan yang lebih baik daripadany­a, atau balaslah penghormat­an itu (dengan yang serupa). Sesungguhn­ya Allah menghitung­kan segala sesuatu.” (an-Nisa’: 86)

Marilah kita bermohon kepada Allah agar diberi kemampuan dan kekuatan untuk menjadi hamba-Nya yang bermanfaat bagi orang lain iaitu dengan sentiasa berbuat baik kepada sesama manusia. Akhir kata jadilah kamu orang yang baik. Bila ada disukai. Bila tiada dirindui. Bila mati ditangisi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia