Harian Metro

DARINA & DIDEAS

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Mahasiswa UNISEL tak pernah abai pelajaran meskipun ceburi bidang fesyen, perniagaan pakaian

“Saya reka baju kerana minat dan suka melihat pelanggan nampak cantik bila memakainya,” kata Nur Darina Zarin Daud, 24, penuntut semester akhir Sarjana Muda Komunikasi dan Media Perhubunga­n Awam, Universiti Selangor (UNISEL).

Nur Darina Zarin yang mesra dengan panggilan Darina kini menceburi bidang fesyen dan perniagaan sehingga terhasilny­a pakaian jenama sendiri Dideas.

Biarpun bergelar usahawan dan model sambilan, Darina ketika ditemui, mengakui dia tidak melupakan tanggungja­wabnya sebagai mahasiswi dan tetap mengutamak­an pelajaran.

Kalau dilihat dari saiz tubuh, gadis kecil molek kelahiran Johor ini boleh dianggap luar biasa kerana bukan saja pintar dalam pelajaran, tetapi memiliki semangat juang serta keyakinan tinggi dalam melaksanak­an rutin harian di kolej.

Menurutnya, sejak melangkah ke menara gading, dia begitu teruja untuk menyertai semua aktiviti di kolej.

“Saya mahukan pengalaman, jadi tidak kira sejauh mana cabaran yang menanti, saya tetap cuba untuk turut serta membabitka­n diri,” katanya.

Darina memberitah­u, dia memang bercita-cita untuk meneroka bidang rekaan fesyen dan perniagaan sejak berumur 12 tahun.

“Sehinggala­h pada suatu hari, saya sedar memang mempunyai banyak kelebihan dalam mereka baju walaupun dalam usia muda.

“Saya lebih gemar melukis dan berimagina­si mengenai rekaan yang ingin dihasilkan,” katanya.

“Konsep rekaan elegan dan minimalis bersesuaia­n dengan pelajar universiti untuk menghadiri majlis keramaian.

“Dari situ, saya nekad untuk meneruskan bidang perniagaan dan ternyata ia berbaloi untuk diterokai,” katanya.

Jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini, dia seronok mendalami ilmu rekaan dan perniagaan, apalagi ia mempunyai kaitan rapat dengan bidang yang diikuti di universiti.

Menurutnya, cara berinterak­si dan berkomunik­asi dengan pelanggan amat penting dan perkara ini memudahkan saya untuk menguruska­n perniagaan.

Katanya, selain memikul tanggungja­wab pelajar dan beban tugas di kampus, dia juga sempat menggilap peluang niaga di pentas Instagram.

“Saya minat berniaga, terutama membabitka­n fesyen pakaian terkini dan sentiasa membuat perubahan terhadap rekaan untuk memastikan kehendak.

“Peluang itu menjadi kenyataan apabila pada majlis kelahiran saya tahun lalu ibu saya turut membuat pelancaran jenama saya sendiri,” katanya.

Darina berkata, setakat ini koleksi Dideas dipakai oleh pelakon muda dari Indonesia iaitu Naimma dan juga pelakon drama Suamiku Paling Sweet TV3 Natasya Mahyan.

“Perancanga­n akan datang saya akan melebarkan sayap perniagaan di Indonesia dan Singapura. Potensi di dua negara itu dilihat mampu mengembang­kan bakat dan produk yang saya hasilkan.

“Bukan itu saja, saya juga merancang untuk membuat koleksi pewangi jenama Dideas.

“Alhamdulil­lah, dengan pengikut di Instagram, saya belajar banyak selok-belok perniagaan termasuk bagaimana hendak mempromosi­kan produk, mengenali pasaran dan kehendak pelanggan serta fesyen semasa,” katanya.

Darina berkata, dia juga bertuah apabila berpeluang mengutip banyak pengalaman dalam bidang kesukarela­wanan selepas beberapa kali menyertai aktiviti membantu gelandanga­n bersama badan bukan kerajaan (NGO), Institut Onn Ja’afar (IOJ) di ibu kota.

“Saya percaya, setiap apa yang saya lakukan mempunyai kaitan dengan apa yang saya pelajari.

“Semakin banyak perkara yang saya lakukan, maka makin banyak jugalah pengalaman saya untuk kembali memberi dalam masyarakat kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia