Harian Metro

RINGAN TULANG

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Gotong-royong jadi platform Yayasan Jamin dekati masyarakat

Amalan gotong-royong yang menjadi program rutin masyarakat Melayu satu masa dulu dijadikan agenda Yayasan Jamin untuk mendekati rakyat selain menghidupk­an semula aktiviti murni itu.

Dikenali dengan nama Gotong-Royong Komuniti Satu Selayang (GRSS), ia menjadi platform kesepakata­n di dalam masyarakat berbilang kaum seperti yang dibuktikan pada satu masa dulu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga pengerusi yayasan, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu untuk bersama-sama penduduk khususnya di kawasan Selayang mengadakan gerak kerja masyarakat dalam suasana santai dan bermanfaat.

Katanya, menerusi cara itu, pemimpin setempat dapat mendengar permasalah­an rakyat secara terus dan memupuk semangat perpaduan sesama bangsa tanpa mengira ideologi politik.

“GRSS ini kita wujudkan untuk menyemarak­kan amalan bergotong-royong dan muafakat seperti zaman dahulu yang terbukti sangat baik untuk membentuk masyarakat sebagai keluarga besar.

“Banyak manfaat yang kita peroleh, bukan saja membersihk­an kawasan malah ia sebagai peluang bermesra sesama komuniti dan bertegur antara satu sama lain,” katanya ketika menyertai GGRS di Bandar Baru Selayang (BBS) 2B, di sini, semalam.

Dalam program itu, sebuah kabin yang digunakan sebagai kelas pengajian dan aktiviti penduduk dibaiki serta dibersihka­n oleh sukarelawa­n dari Giat MARA Selayang dan Kolej Poly-Tech MARA.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) BBS 2B, Mohd Sabri Ahmad, 47, berkata, dia berterima kasih dengan bantuan yang diberikan yayasan itu dan ia adalah nafas baru kepada kabin berkenaan.

Sebelum itu, katanya, ia mengalami beberapa kerosakan di bahagian bumbung dan lantai serta kawasan sekitar dipenuhi semak-samun menyebabka­nnya tidak sesuai untuk digunakan.

“Saya sudah memohon kepada beberapa tempat sebelum ini, tetapi gagal. Alhamdulil­lah, dengan bantuan yayasan, kabin ini dibaiki dan lebih selesa untuk digunakan sebagai kelas pengajian yang diadakan selama tiga kali seminggu termasuk latihan marhaban,” katanya yang juga Ketua UMNO Cawangan BBS 2B.

 ??  ?? PENDUDUK serta pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan Giat MARA bergotong-royong membaiki kabin pusat mengaji al-Quran di Bandar Baru Selayang Fasa 2B.
PENDUDUK serta pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan Giat MARA bergotong-royong membaiki kabin pusat mengaji al-Quran di Bandar Baru Selayang Fasa 2B.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia