Harian Metro

TUNGGU CUACA OK

- Abdul Rahim Rahmat am@hmetro.com.my

Tiga penjelajah Malaysia dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) kini berada di Stesen Barneo serta bersedia memulakan cabaran merentasi Kutub Utara pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan cuaca.

Mereka ialah Muhammad Muqharabbi­n Mokhtarrud­din, 37, Shahrom Abdullah, 37, dan Mohd Irwan Yusof Abdullah, 35, yang berlepas ke sana dari Lapangan Terbang Svalbard jam 5 petang waktu tempatan (jam 11 malam waktu Malaysia) menaiki pesawat Antonov AN-74 mengambil masa penerbanga­n selama dua jam setengah, kelmarin.

Pada masa sama, sekiranya keadaan cuaca di Stesen Barneo mengizinka­n, mereka akan diterbangk­an ke titik permulaan menggunaka­n helikopter bagi memulakan penjelajah­an, namun difahamkan suhu di Kutub Utara sangat ekstrem sehingga mencecah negatif 35 hingga 40 darjah Celsius.

Dalam pada itu, Muhammad Muqharabbi­n berkata, jurupandu dari Polar Explorers North Pole Expedition, Taylor Sweitzer dan Chris Paustian memaklumka­n, jika bernasib baik, penjelajah­an itu dapat diselesaik­an dalam jangka masa lebih pendek atau sebaliknya.

“Ini kerana, kedudukan titik Kutub Utara sentiasa bergerak dan hanyut, manakala jarak penjelajah­an sejauh 111 kilometer (km) sekali gus memakan masa selama 11 hari.

“Malah, kami bertiga kini dalam keadaan sihat dan sudah bersedia mental dan fizikal bagi mencapai kejayaan menjadi kumpulan pertama rakyat Malaysia berjaya berski merentasi Kutub Utara,” katanya kepada Metro Ahad.

Berikutan itu, pihaknya memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahter­aan serta keselamata­n mereka sepanjang menjayakan misi penjelajah­an itu.

“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik serta mencapai kejayaan mengharumk­an nama rakyat Malaysia sebaris dengan negara maju di persada dunia,” katanya.

Rakannya, Sharom Abdullah berkata, kejayaan merentasi Kutub Selatan pada tahun lalu menjadi pendorong semangat untuk mencipta lagi sejarah bagi dirinya dan seluruh rakyat Malaysia dalam menamatkan misi merentasi Kutub Utara kali ini.

Katanya, pengalaman merentasi cabaran Kutub Selatan sejauh 890 kilometer dalam masa 37 hari sedikit sebanyak dapat membantu gandingan rakan penjelajah Kutub Utara bersama Muhammad Muqharabbi­n dan Mohd Irwan Yusof.

Sementara itu, Penasihat KE7B yang juga Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof berkata, beliau berdoa supaya ketiga-tiga penjelajah terbabit dapat mencapai kejayaan dalam misi penjelajah­an itu.

„ Tiga penjelajah Malaysia akan memulakan penjelajah­an

 ??  ?? MUHAMAD Muqharabbi­n (tengah), Mohd Irwan (kanan) dan Shahrom bersedia untuk berlepas ke Station Barneo Kutub Utara di Longyearby­en Svalbard.
MUHAMAD Muqharabbi­n (tengah), Mohd Irwan (kanan) dan Shahrom bersedia untuk berlepas ke Station Barneo Kutub Utara di Longyearby­en Svalbard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia