Harian Metro

Rancangan hukum mati 8 banduan hadapi masalah KASIH ABANG

- Agensi

Chicago: Rancangan negeri Arkansas untuk melaksanak­an hukuman mati terhadap lapan banduan dalam masa 10 hari berdepan dengan masalah selepas seorang hakim tu melarang penggunaan dadah untuk melaksanak­an hukuman itu sementara seorang tahanan berjaya mendapatka­n penangguha­n daripada sebuah mahkamah tinggi.

Hakim Mahkamah Pulaski County, Wendell Griffen mengeluark­an perintah larangan sementara terhadap pihak berkuasa negeri di selatan Amerika Syarikat itu daripada menggunaka­n

untuk melaksanak­an hukuman mati itu.

Keputusan dibuat selepas syarikat pengedar dadah, McKesson Corporatio­n meminta mahkamah mengharamk­an penggunaan­nya atas alasan ia membekalka­n dadah itu untuk tujuan perubatan, bukan untuk pelaksanaa­n hukuman mati.

Pihak berkuasa Arkansas sebelum ini merancang menjalanka­n hukuman itu esok, yang pertama sejak 2005.

Dalam pada itu, Mahkamah Agung negeri mengeluark­an arahan penangguha­n hukuman terhadap seorang tahanan itu, Bruce Ward, 60, tanpa sebarang alasan. - Agensi

Seorang kanak-kanak lelaki dirakam cuba mententera­mkan adiknya yang menangis dengan menyusukan­nya.

Kejadian melucukan itu berlaku selepas si abang puas menepuk kepala adiknya supaya berhenti menangis, tetapi gagal.

Mungkin teringatka­n cara yang selalu dilakukan ibu mereka, si abang mengangkat bajunya dan menghalaka­n dadanya ke arah adiknya yang baru berusia tujuh minggu itu.

Apabila bayi berkenaan masih enggan berhenti menangis, abangnya dilihat mendekatka­n lagi dirinya ke mukanya supaya dia boleh menyusukan adiknya.

Kejadian itu dirakam oleh ibu mereka, Vanessa Thompson di kediaman keluarga itu di Tonawanda, New York.

Dalam rakaman video itu, Vanessa kedengaran ketawa melihat gelagat anak lelakinya.

Menurut Vanessa, anak lelakinya sering melihat dia menyusukan adiknya dan dia cuba meniru tindakanny­a bagi menteramka­n adiknya.

“Saya dan suami mempunyai empat anak lelaki. Kami memperoleh anak perempuan tujuh minggu lalu.

“Anak lelaki kami yang berusia dua tahun memang amat prihatin dan sering meniru apa yang kami lakukan.

“Dia cuba mententera­mkan adiknya, mula dengan menciumnya sebelum menepuknya. Bila adiknya tidak berhenti menangis, dia cuba menyusukan­nya,” kata Vanessa.

Video berkenaan dimuat naik ke Facebook oleh Vanessa beberapa hari lalu dan sejak itu mencatatka­n lebih lima juta tontonan.

„ Kanak-kanak 2 tahun

cuba susukan adik

 ??  ?? BUDAK lelaki yang berusia dua tahun itu cuba menyusukan adiknya untuk memujuknya
berhenti menangis.
BUDAK lelaki yang berusia dua tahun itu cuba menyusukan adiknya untuk memujuknya berhenti menangis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia