Harian Metro

‘DRAMA’ BURIRAM

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Saingan Perlumbaan 2 Supersport­s 600cc Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabang­sa Chang, Buriram, Thailand semalam menyaksika­n berlaku ‘drama’ apabila pelumba negara Azlan Shah Kamaruzama­n yang melepasi garisan penamat di tempat kedua, dinobatkan juara selepas kemenangan Anthony West dibatalkan.

Kejayaan itu sekali gus menyaksika­n Azlan yang menunggang jentera Manual Teh KYT Kawasaki Racing meraih kemenangan berganda selepas turut mendominas­i Perlumbaan 1 kelmarin.

Azlan bersaing sengit dengan West di hujung saingan tetapi jentera lawannya dari Akeno Speed WJR Racing itu dilihat lebih pantas untuk melepasi garisan penamat di tempat pertama.

Kemenangan West bagaimanap­un dibatalkan atas kesalahan mengingkar­i prosedur teknikal perlumbaan

„ Azlan raih kejuaraan berganda selepas pengadil membatalka­n kemenangan West

sekali gus menyaksika­n Azlan yang menamatkan perlumbaan di belakang pelumba Australia itu dinobatkan juara untuk terus mendahului kedudukan keseluruha­n dengan 83 mata.

“Perlumbaan hari ini (semalam) sangat sukar. Saya sudah memberikan yang terbaik sejak dari awal sehingga ke garisan penamat.

“Cuaca juga sangat panas dan semua pelumba berusaha mengekalka­n kedudukan masing-masing selain terpaksa mengawal tayar dengan baik.

“West sangat pantas manakala jentera saya agak sedikit perlahan yang memaksa saya bekerja keras di penghujung perlumbaan untuk mengekalka­n kedudukan.

“Apapun saya gembira dengan keputusan ini walaupun bukan kemenangan cara ini yang saya mahu,” katanya.

Pelumba Yamaha Thailand Racing Decha Kraisart yang pada asalnya menghuni kedudukan ketiga, dinaikkan ke tempat kedua. Seorang lagi pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) pula dilonjakka­n ke tempat ketiga daripada keempat.

 ??  ?? AZLAN bergelut dalam cuaca panas Thailand.
AZLAN bergelut dalam cuaca panas Thailand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia