Harian Metro

Hajat ke final sulung gagal

-

Kuala Lumpur: Impian beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk melangkah ke final saingan badminton Siri Super buat kali pertama lebur selepas tewas di separuh akhir Terbuka Singapura semalam.

Kian Meng-Pei Jing yang tidak diletak harapan tinggi, tewas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaransu­kroh-Sapsiree Taerattana­chai 21-18, 11-21, 14-21 dalam aksi 54 minit itu.

Bagi Pei Jing, secara peribadi dia tidak berpuas hati dengan pencapaian itu kerana berasakan mereka mampu ke final.

“Saya memang tak puas hati. Rasa sedih pun ada.

“Bukan kerana kalah tapi sebab saya tak dapat beraksi baik hari ini (semalam).

“Ini peluang terbaik untuk kami mara ke final kerana lawan yang kita temui bukan dari China. Apapun perkara sudah berlaku dan saya tidak mahu memikirkan­nya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pei Jing berkata, lawan mereka juga mempamerka­n semangat melawan tinggi untuk bangkit pada set kedua dan penentuan meskipun tewas set pertama.

“Mereka berada pada tahap terbaik dan lebih konsisten berbanding kami. Mereka berhak menang,” katanya.

Kian Meng-Pei Jing hanya mampu mara sehingga pusingan kedua saingan bertaraf Siri Super sebelum ini dan Terbuka Singapura adalah kali pertama mereka melangkah jauh.

Kemenangan Dechapol-Sapsiree itu juga menebus kekalahan mereka di tangan Kian Meng-Pei Jing di separuh akhir Terbuka Thailand, November lalu.

Di final pasangan Thailand itu akan berdepan pilihan ketiga dari China Lu Kai-Huang Yaqiong yang menundukka­n beregu Korea Selatan Kim Gi Jung-Shin Seung Chan 16-21, 21-17, 21-12.

 ??  ?? PEI Jing (kiri), Kian Meng gagal ke final Terbuka Singapura.
PEI Jing (kiri), Kian Meng gagal ke final Terbuka Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia