Harian Metro

NAK JADI MACAM BADRUL

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Cita-cita Muhammad Idham Rosli mahu menjadi sehebat pelari yang pernah menguasai kancah olahraga negara dengan menjadikan Badrul Hisyam Abdul Manap sebagai idolanya.

Idham yang baru dipilih Olahragawa­n Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) cukup menghormat­i Badrul.

Katanya, Badrul memiliki semangat juang dan disiplin tinggi malah idolanya itu tidak pernah mengenal putus asa dan sentiasa mahu mengejar kejayaan.

Namun Idham sedar banyak yang perlu dilakukan untuk mencipta nama seperti idolanya itu selain ingin menjadi seperti pemegang rekod 100 meter Khairul Hafiz Jantan.

“Saya memang minat dengan sukan dan mula menceburi olahraga ketika di darjah tiga apabila bakat saya dikesan guru sekolah.

“Saya sememangny­a meminati olahraga kerana sukan itu mampu mendisipli­nkan saya.

“Satu lagi kelebihan yang ada pada mereka bergiat aktif dalam sukan adalah peluang untuk ke luar negara dengan menyertai pertanding­an,” katanya.

Malah katanya, sokongan kedua-dua orang tua membuatkan dia sentiasa ingin berusaha menjadi yang terbaik demi mengharumk­an nama negara dan keluarga.

Memasang impian untuk ke Sukan SEA seterusnya Olimpik membuatkan atlet kelahiran KL itu sedar usaha keras perlu dilakukan dari sekarang.

Justeru dia tidak boleh leka dan perlu gigih menjalani latihan selain mendengar segala arahan jurulatih, Mohd Poad Md Kassim.

Ditanya apakah sasarannya tahun ini, Idham berkata dia akan cuba untuk menguasai Kejohanan Olahraga Little Athletic Australia selain cuba melakukan catatan di bawah 11 saat selepas berjaya merekodkan 11.1s di MSSKL yang lalu.

Selain itu dia akan turut beraksi di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Pulau Pinang yang bermula 24 April ini.

Idham dilihat mempunyai peluang cerah untuk meng-

„ Idham sasar kuasai Kejohanan Olahraga Little

Athletic Australia, catat bawah 11 saat

ungguli acara kegemarann­ya 100m berdasarka­n prestasi semasanya.

Bagaimanap­un dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai pingat dan akan cuba sedaya untuk memperoleh emas.

 ??  ?? BAKAT Idham mula dikesan seawal umur 12 tahun. IDHAM jadikan Badrul idola kerana memiliki semangat juang dan disiplin tinggi.
BAKAT Idham mula dikesan seawal umur 12 tahun. IDHAM jadikan Badrul idola kerana memiliki semangat juang dan disiplin tinggi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia