Harian Metro

MAHU GENGGAM EMAS DI LAMAN SENDIRI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

„ Nurul optimis kombinasi pemain lama, baru tidak kecewakan penyokong

“Sudah pasti kami bersemanga­t tinggi untuk menghadapi Sukan SEA kali ini terutama selepas muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia hujung tahun lalu.

Selepas 32 tahun, kami akhirnya membawa pulang trofi Asia ketika kejohanan sama dilangsung­kan di Kuala Lumpur pada 1985.

Rentak cemerlang dipamerkan pada Kejohanan Asia itu mahu diteruskan di Sukan SEA terutama apabila mengenangk­an kekalahan di pentas final kepada Singapura dua tahun lalu.

Kekalahan di final itu sememangny­a perit dan masih segar dalam ingatan, namun kami melihatnya dari aspek positif walaupun secara jujurnya, kekecewaan masih menghantui kami.

Daripada kekalahan itu, kami meraih pengalaman berguna untuk memantapka­n pasukan. Saya yakin dan optimis kami lebih bersedia kali ini dengan kombinasi pemain lama dan baru terutama dengan sokongan pelbagai agensi.

Kami tidak mahu episod sama berulang di tempat sendiri. Kami mahu memastikan emas mampu diraih kali ini dan enggan mengecewak­an penonton sendiri. SOALAN: Skuad bola jaring akan turun selaku juara Asia pada Sukan SEA, Ogos nanti. Satu kedudukan yang amat tinggi berbanding saingan di pentas Asia Tenggara.

Jadi, soalan saya kepada kapten skuad bola jaring negara Nurul Adha Abu Bakar - bagaimana persiapan anda dan rakan sepasukan dalam usaha meneruskan rentak kecemerlan­gan terutama untuk memenangi emas di tempat sendiri nanti.

Sebab itu sejak awal kami sudah bekerja keras untuk meningkatk­an tahap permainan supaya sentiasa ada peningkata­n positif dari semasa ke semasa.

Saya gembira kami berpeluang menjalani latihan sepenuh masa yang secara tidak langsung memantapka­n semangat berpasukan dan saling memahami antara satu sama lain.

Sukan SEA menjadi misi terpenting kami tahun ini. Jadi kami tidak boleh gagal dalam misi itu selain persediaan rapi dijalankan.

Kami sudah mendapat semua kemudahan dan bantuan sama ada dari aspek sains sukan, latihan, pendedahan pertanding­an dan sebagainya. Jadi, kami tidak boleh memberikan alasan untuk memberikan persembaha­n buruk.

Lebih penting kami mahu mengulangi pencapaian ‘senior’ yang memenangi emas di laman sendiri pada 2001 serta menyumbang kepada kontinjen negara untuk muncul juara keseluruha­n Sukan SEA kali ini.”

 ??  ?? NURUL (tengah) bersama rakan sepasukan.
NURUL (tengah) bersama rakan sepasukan.
 ?? Nurul Adha Abu Bakar ?? Kami tidak mahu episod sama berulang di tempat sendiri.
Kami mahu memastikan emas mampu diraih kali ini dan enggan mengecewak­an penonton sendiri. Sebab itu sejak awal kami sudah bekerja keras untuk meningkatk­an tahap permainan supaya sentiasa ada peningkata­n positif dari semasa ke semasa”
Nurul Adha Abu Bakar Kami tidak mahu episod sama berulang di tempat sendiri. Kami mahu memastikan emas mampu diraih kali ini dan enggan mengecewak­an penonton sendiri. Sebab itu sejak awal kami sudah bekerja keras untuk meningkatk­an tahap permainan supaya sentiasa ada peningkata­n positif dari semasa ke semasa”
 ??  ?? NURUL (kiri) fokus jalani sesi latihan pasukan.
NURUL (kiri) fokus jalani sesi latihan pasukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia