Harian Metro

Coutinho permata berharga Liverpool

-

West Bromwich, United Kingdom: Philippe Coutinho nyata cukup berharga buat Liverpool apatah lagi dalam usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara tetapi tahap kecergasan­nya menjadi persoalan menjelang pertemuan di West Bromwich Albion, malam ini.

Coutinho menjaringk­an gol sejak tiga perlawanan terakhir Liverpool tetapi dia dikatakan tidak sepatutnya terbabit dengan perlawanan di Stoke City minggu lalu.

Dia diserang demam ketika sebelum perlawanan itu tetapi tetap diletakkan sebagai pemain gantian dan ketika Liverpool ketinggala­n 0-1, dia masuk untuk menjaringk­an gol penyamaan sebelum Reds muncul pemenang dengan keputusan 2-1.

Gol kemenangan disumbangk­an Roberto Firmino yang turut masuk sebagai pemain gantian gara-gara jadual padat yang terpaksa diharungi Liverpool.

Ketika penjaring terbanyak pasukan Sadio Mane masih belum pulih daripada kecederaan lutut selain Adam Lallana turut diketepika­n, Coutinho dan Firmino menjadi harapan Liverpool untuk meledak jaringan.

Pengurus Reds Jurgen Klopp sedia untuk menurunkan kedua-dua pemain Brazil itu di barisan depan dalam aksi di Hawthorns ketika Liverpool sedang memburu kemenangan kelima dalam tujuh perlawanan.

Kelebihan enam mata di depan Manchester United yang menduduki tangga kelima sambil memiliki dua perlawanan di tangan, Liverpool tidak boleh tewas jika mahu menamatkan musim di kelompok empat teratas.

Dan Klopp tegas mengatakan bintang Brazil itu tidak boleh terlalu diharapkan untuk menghasilk­an gol.

“Adalah penting untuk pemain bermain sebagai satu pasukan. Jika mengharapk­an mereka berdua saja untuk menjaringk­an gol, keadaan akan menjadi sukar,” katanya.

“Gini Wijnaldum ada berkata kepada saya selepas perlawanan dan saya mengaku mereka memainkan peranan besar terhadap perlawanan tetapi saya anggap itu adalah kerjasama berpasukan.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia