Harian Metro

TERUS HIMPIT MONACO

-

„ Di Maria jaring dua gol pastikan PSG kejar

pendahulu Ligue 1

Angel Di Maria menjaringk­an dua gol untuk membolehka­n Paris Saint-Germain (PSG) menang 2-0 ke atas Angers sekali gus memastikan juara bertahan itu terus menghambat pendahulu Ligue 1 Monaco.

Pemain antarabang­sa Argentina itu membuktika­n dia berada dalam kelas tersendiri ketika menghasilk­an kedua-dua gol dan PSG kini berkongsi mata dengan Monaco tetapi hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan.

“Kami gembira dengan keputusan ini kerana perlawanan di Angers memang sukar,” kata jurulatih PSG Unai Emery.

“Kami berhak mendapat tiga mata. Kami cukup bersedia untuk perlawanan ini. Pemain dapat menumpukan perhatian sepenuhnya termasuk bekerjasam­a dengan baik.”

Bagaimanap­un, Monaco boleh merampas kembali kedudukan selaku pendahulu jika menang ke atas Dijon tetapi ketika tumpuan mereka turut terarah kepada pertembung­an kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund minggu depan, persiapan pasukan pasti agak kelam kabut.

Apatah lagi, Monaco tidak dapat mengadakan persiapan lebih baik untuk pertemuan menentang Dortmund gara-gara insiden bom membabitka­n bas yang membawa pemain kelab Jerman itu hingga mengakibat­kan pertahanan Sepanyol Marc Bartra cedera.

Insiden itu sedikit menjejaska­n persiapan Monaco sedangkan PSG tidak mempunyai perlawanan di peringkat Eropah dan mereka kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada liga domestik.

Jaringan pertama Di Maria adalah sesuatu yang jarang dapat dilihat kerana pemain Argentina itu menghasilk­annya menerusi sepakan percuma dari yang melewati benteng pertahanan serta gagal dijangkau penjaga gol Angers Alexandre Letellier pada minit ke-28.

Angers menyamakan kedudukan menerusi kapten Cheikh Ndoye tetapi ia dibatalkan pengadil kerana rakan sepasukann­ya Famara Diedhiou terlebih dulu mengasari Serge Aurier pada minit ke-39.

Ndoye sekali lagi hampir menjaringk­an gol ketika permainan berbaki 18 minit tetapi tandukanny­a yang menuju ke arah penjuru gawang PSG berjaya ditepis Kevin Trapp.

Bagi pasukan yang menduduki tangga pertengaha­n liga, Angers boleh dianggap cemerlang tetapi ketumpulan jentera serangan menyaksika­n mereka kerap gagal menembusi benteng PSG.

Enam minit sebelum tamat perlawanan, PSG melancarka­n serangan balas dan Lucas Moura membuat hantaran yang membolehka­n Di Maria menghasilk­an gol kedua.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN PSG Javier Pastore (kiri) dikawal ketat pemain Angers Cheick Ndoye.
PEMAIN PSG Javier Pastore (kiri) dikawal ketat pemain Angers Cheick Ndoye.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia