Harian Metro

Khairy yakin FAM ada strategi selesai isu kewangan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote semakin hampir untuk kembali ke pangkuan Helang Merah apabila mengesahka­n sedang mengadakan perbincang­an dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menggantik­an jurulatih Tan Cheng Hoe. Kuala Lumpur: Kedah perlu berhenti meratapi peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe sebaliknya memberi tumpuan kepada matlamat mencapai kejayaan musim ini.

Pemain import Sandro da Silva berkata, ketiadaan Cheng Hoe kelak bukan bermakna misi Helang Merah sudah berakhir kerana yakin Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan mencari pengganti setaraf jurulatih berkenaan.

“Saya harap semua pihak, sama ada pengurusan, pemain malah penyokong berhenti memikirkan peletakan jawatan Cheng Hoe. Beliau sudah membuat keputusan dan kita semua perlu menghormat­inya.

“Memang ramai yang sedih dan kecewa dengan keputusan itu kerana beliau pergi ketika pasukan ini sedang berada pada landasan betul untuk mencipta kejayaan.

“Malah, kami masih memerlukan khidmatnya. Namun, Petaling Jaya: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempunyai perancanga­n tersendiri bagi menyelesai­kan masalah kewangan dihadapi badan induk itu.

Menurutnya, FAM di bawah kepimpinan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti mempunyai cara tersendiri bagi memastikan kedudukan kewangan persatuan itu dapat diperkukuh­kan.

Ia susulan kemungkina­n FAM kehilangan RM34 juta sekiranya kalah dalam dua kes mahkamah berikutan perjanjian yang tidak memihak kepada kepentinga­n badan itu yang ditandatan­gani barisan Exco terdahulu.

“Saya percaya FAM sudah ada perancanga­n dari segi audit yang sedang dilaksanak­an,” katanya selepas menyertai program jalan amal & The Rock Walk iaitu kempen kesedaran austisme di Evolve Concept Mall, Ara Damansara di sini, semalam.

Sementara itu, laporan media turut mendapat pandangan bekas Naib Presiden FAM Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang menyaranka­n FAM membuat laporan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara berkenaan.

Bekas Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad pula mahu kepimpinan baru FAM mengambil masalah itu sebagai pengajaran susulan kegagalan Exco sebelum ini.

Ridzuan berkata, Exco terbabit dengan perjanjian berat sebelah itu perlu bertanggun­gjawab atas tindakan diambil dengan tampil memberi laporan serta penjelasan terhadap perjanjian berkenaan. - BERNAMA

 ??  ?? MARCOTE kini bertugas di Jabatan Metodologi Atletico Madrid.
MARCOTE kini bertugas di Jabatan Metodologi Atletico Madrid.
 ??  ?? SANDRO (kanan) mahu rakan usah sedih dengan ketiadaan Cheng Hoe.
SANDRO (kanan) mahu rakan usah sedih dengan ketiadaan Cheng Hoe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia