Harian Metro

Antara Neelofa dan Sara Ali

-

Tahniah buat Neelofa kerana namanya berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Pelakon dan pengacara yang kini dikenali sebagai pengasas NH Prima Internatio­nal Sdn Bhd itu, disenaraik­an di bawah kategori runcit dan e-dagang selepas bergiat aktif dalam perniagaan termasuk Naelofar Hijab.

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 menampilka­n 300 usahawan muda dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Individu yang menerima penghargaa­n itu berusia bawah 30 tahun dan dipilih oleh penilai yang juga tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor,

28, mula dikenali sebagai pelakon apabila diperkenal­kan dalam drama arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah pada 2011. Kemudian diberi kepercayaa­n menjadi hos Nona bersama Fara Fauzana dan kini hos MeleTop dengan Nabil Ahmad.

Satu pencapaian yang membanggak­an buat

Neelofa atau Lofa kerana bukan saja berjaya dalam dunia seni, malah bisnes diceburi. Sejak usia 19 tahun lagi Lofa mula berniaga kasut dalam talian (online) kemudian kecantikan, kanta lekap dan abaya.

Ternyata produk kelima ini memberi kejayaan besar hingga tudung Naelofar

Hijab mempunyai pasaran cukup besar. Naelofar Hijab juga menembusi pasaran di 30 negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Belanda, Israel dan New Zealand berdasarka­n data jualan secara dalam talian.

Mula bertudung Ramadan 2014, nyata penampilan yang menjadi wajib bagi wanita itu membawa rezeki melimpah ruah buat Lofa.

Perniagaan tudung itu dimulakan selepas empat tahun Lofa dalam industri. Ternyata nama dan populariti memberi kelebihan kepadanya.

Semoga kejayaan Lofa menjadi contoh kepada artis lain yang kini makin ramai membabitka­n diri dengan perniagaan terutama tudung dan pakaian Muslimah.

Ya, penampilan bertudung kini menjadi ikutan dan fesyen hingga muncul pelbagai gaya pemakaian. Kelebihan utama bagi Lofa ialah produknya disifatkan trendy dan sesuai untuk semua peringkat usia dan paling penting mampu milik. Cantik, trendy dan harga berpatutan.

Sambutan terhadap bisnes tudung ini kita lihat membuatkan makin ramai artis wanita kini bertudung. Ia sesuatu yang sangat aneh kerana suatu ketika dulu bertudung disifatkan menjauhkan rezeki mereka dalam dunia glamor ini.

Tapi kini tidak lagi, sebaliknya memberi rezeki apabila mereka dilantik sebagai duta produk. Peminat juga sukakan penampilan mereka yang nampak manis bertudung.

Alangkah ruginya mereka yang bertudung tetapi membuka tudung. Tambah memalukan apabila sanggup mengeluark­an kenyataan yang menyerlahk­an pendek akal mereka dalam soal hukum agama. Akibatnya, menjadi mangsa kritikan sebagaiman­a berlaku pada pelakon Sara Ali.

Sara menyifatka­n langkahnya bertudung awal tahun lalu sebagai satu kesilapan dan mahu menjadi diri sendiri dengan tidak bertudung pada Oktober tahun lalu.

Katanya, dia tidak berfikir panjang sebelum bertudung hingga akhirnya penampilan itu membuatkan jiwanya tidak tenteram.

Perubahan itu bukan kerana keikhlasan­nya sebaliknya atas sebab tertentu. Tidak menyatakan sebab itu, tetapi mungkin ia ada kaitan dengan bisnes tudung.

Penampilan­nya tidak bertudung menimbulka­n kekeliruan peminat hingga pelakon Kami Histeria itu membuat kenyataan menerusi laman sosialnya baru-baru ini. Semoga Sara muhasabah diri dan siapa tahu diberi hidayah sekali lagi.

Bertudungl­ah walaupun terpaksa

Solatlah walaupun terpaksa

Puasalah walaupun terpaksa

Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa

Daripada keterpaksa­an itu perlahan-lahan akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah pada-Nya.

Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila hendak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu melainkan dicari. Insya-Allah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia