Harian Metro

Fathia pertahanka­n Uqasha

-

Sejak dua pelakon jelita ini, Fathia Latif dan Uqasha Senrose bersahabat baik, banyak benar cerita tidak sedap mengenai mereka sampai ke telinga Cik Pang.

Bukan itu saja, ada sesetengah pihak mengkritik perlakuan mereka secara terang-terangan dan menuduh Uqasha cuba mempengaru­hi sikap mahupun perangai Fathia menjadi tidak baik dan begitulah juga sebaliknya. Pendek kata, apa saja yang dilakukan dua sahabat ini ada saja yang tidak kena.

Begitupun, baru-baru ini teman sekerja Cik Pang bercerita betapa Fathia berasa sangat sedih apabila ada pihak membuat andaian buruk sedemikian sehingga merosakkan reputasi mereka berdua.

Kata Fathia pada teman Cik Pang, orang sesuka hati mengata dan mengutuk mereka seperti kedua-duanya tiada hati dan perasaan. Sedangkan mereka yang bercakap dan mengata itu langsung tidak mengenali hati budi mereka.

Kata Fathia, orang sekeliling tidak seharusnya menyalahka­n Uqasha kerana sebagai sahabat, dia lebih mengenalin­ya berbanding orang lain.

Dalam orang sibuk mengata dan mengutuk mereka, kata Fathia, Uqasha sering kali mengingatk­an dirinya agar tidak melatah dan terus bersabar dengan segala cemuhan yang dibuat.

Bukan itu saja, Uqasha sendiri tidak pernah ingin membalas setiap kata-kata nista yang dilemparka­n kepadanya malah terus menjaga hati orang keliling.

Tambah Fathia lagi, dia sendiri mendengar segala nasihat diberikan Uqasha dengan tidak ambil pusing apa saja tuduhan dibuat, malah enggan memberi sebarang komen mengenai tuduhan dilakukan orang tertentu termasuk bekas kekasihnya.

Bagus juga kalau begitu, ada sahabat yang saling mengingati dan mempertaha­nkan antara satu sama lain. Itu barulah dikatakan sahabat dalam erti kata sebenar.

Diharapkan orang kelililing pula selepas mendengar penjelasan Fathia ini agar faham kedudukan sebenar dan tidak lagi mengganggu hubungan baik antara dua sahabat ini. Bagi Cik Pang sendiri selalunya teman dan sahabat akan mengajar kita menjadi lebih dewasa. Percayalah!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia