Harian Metro

Artis disihir atau...

-

Sudah masuk alaf baru, tapi masih ada pihak percayakan perkara syirik. Mengucap panjang Cik Pang apabila mendengar aduan seorang pengurus membabitka­n artis dijaganya kini menderita sakit kerana dibomoh.

Sebelum ini memang banyak benar cerita buruk mengenai artis bawah jagaannya itu yang didakwa tidak berdisplin, selalu lewat datang lokasi dan kadang-kadang hilang dan tidak dapat dikesan.

Rupa-rupanya, kata pengurus itu artisnya jadi demikian kerana disihir orang yang tidak diketahui sebab dan puncanya.

Mungkin artisnya sendiri tahu siapa pihak yang berdengki dan busuk hati terhadapny­a sehingga dia disihir sedemikian rupa. Bagaimanap­un, tidak mahu perkara itu berpanjang­an mungkin, jadi artisnya membuat keputusan untuk mendiamkan saja tanpa memberitah­u pihak lain.

Pada sudut lain pula kalau tidak salah Cik Pang, kalau kita disihir memang kita tidak dibenarkan menyebut nama orang yang melakukan perkara itu kepada kita. Ibaratnya kita bagaikan menyeru dia, lagi kita sebut lagi teruklah kita dibuatnya.

Mendengark­an keluhan daripada pengurus artis itu, Cik Pang hanya mampu menggeleng­kan kepala. Sudah tahun 2017 pun masih ada orang berfikiran cetek begitu dan menyeru syaitan dan iblis semata-mata untuk memuaskan dendam di hati.

Nauzubilla­h! Minta dijauhkan Allah.

Walaupun Cik Pang susah nak percaya mengenai perkara syirik dan tahyul begini, bukti ada depan mata.

Cuma kalau betullah yang dikatakan pengurus ini mengenai artisnya, Cik Pang mendoakan agar satu hari nanti artis terbabit akan bertemu juga dengan penawarnya.

Jangan pula artis terbabit hanya merekareka cerita semata-mata untuk melepaskan tengkuk disebabkan disiplin kerja yang memang ‘ke laut’. Sebab banyak sangat pihak yang mengadu dan penat dengan masalah disiplin artis ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia