Harian Metro

Gaya, lakonan jadi inspirasi

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Mula bergiat dalam seni lakon sejak 2011 dan dikenali melalui siri Gemilang dan Juvana, Eyka Farhana menyebut dua nama popular, Fazura dan Fasha Sandha sebagai idolanya sekali gus sumber inspirasin­ya.

Memiliki wajah seiras Fazura, Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 22, akui mereka berdua mempunyai peranan tersendiri dalam perkembang­an kerjaya seninya.

Kebetulan kedua-duanya mula meniti populariti waktu sama hampir 14 tahun lalu. Fasha memulakan kerjaya seninya dengan filem Black Maria manakala Fazura diperkenal­kan seniwati Datuk Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati dan terpilih Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-17.

Kata Eyka, dia meminati Fazura kerana keperibadi­an bagus yang ditampilka­n aktres itu manakala Fasha pula, katanya, pernah menjadi gurunya di lokasi dan mengajarny­a bagaimana menjadi pelakon yang baik.

“Bagi saya Fazura memiliki keperibadi­an dan aura tersendiri dalam industri. Saya juga menonton semua drama dan filemnya dan paling saya minat sudah tentu drama bersiri dan juga filem Gol & Gincu.

“Lakonannya sangat bersahaja dan itu yang membuatkan saya sangat tertarik padanya,” katanya.

Eyka menafikan dia meminati Fazura kerana wajahnya dikatakan mirip pelakon yang kini sibuk menjalani penggambar­an drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu.

Katanya, sebagai penggiat seni, dia memang mahu menjadi seperti Fazura. Bukan kerana dia persis Fazura sebaliknya mahu mengikut cara bagaimana dia menjaga keperibadi­an, penampilan dan kerjaya seni sehingga berada di puncak dan disenangi umum.

“Walaupun kini menjadi pelakon, saya belum pernah berpeluang bekerja dengan Fazura tetapi pernah bertemu sewaktu menghadiri majlis hiburan.

“Sewaktu bertemu dengannya, saya terus nyatakan kepada Fazura yang saya memang meminatiny­a dari dulu dan menonton semua hasil lakonannya sebelum ini,” katanya.

Berbeza dengan Fasha, Eyka lihat pelakon popular itu sebagai mentor dan menyifatka­n ibu kepada dua cahaya mata itu sebagai anak seni serba boleh.

“Setakat ini saya lihat Fasha antara pelakon yang tidak pernah mengehadka­n bakat lakonan dan dia membintang­i pelbagai genre filem mahupun drama.

“Ibaratnya berilah apa saja watak kepadanya, pasti dia mampu merealisas­ikannya,” katanya.

Eyka gembira kerana berkesempa­tan bekerja dengan Fasha beberapa kali dalam drama. Sebagai orang baru, dia akui Fasha tidak sombong malah bersedia untuk membantu dan memperbaik­i persembaha­n dalam lakonan.

“Fasha tidak kedekut ilmu dan sentiasa bersedia untuk memberikan pandangan dan tunjuk ajar apabila berada di lokasi.

“Bayangkan apabila kali pertama bertemu dengan idola kita di set penggambar­an dan mahu kerja bersama, sudah tentu rasa tidak keruan. Tapi Fasha sangat berlembut dan membuatkan saya berasa selesa bekerja di sampingnya.

“Begitu juga apabila saya tidak dapat menjiwai watak dan babak yang harus diambil beberapa kali. Fasha tidak sekalipun merungut. Malah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakukann­ya.

“Berbeza dengan pelakon lain yang pernah saya jumpa, merungut sekiranya insiden sedemikian berlaku. Saya sangat berterima kasih kepada Fasha yang mencurahka­n ilmunya kepada saya. Sehingga kini ada teknik lakonan diajar itu saya gunakan apabila berada di lokasi,” katanya.

Mula berlakon ketika usia 16 tahun, Eyka juga membintang­i filem Polis

Evo, Juvana 2 dan Juvana 3. Drama terbaru lakonanya ialah Sepatu Tinggi Medina, Tesis Cinta Untuk B, Sumpah Ibu dan Bahagia Kasihmu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia