Harian Metro

Kemesraan bagai benar

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Karakter dan watak dilakon untuk Aidan serta Nadia datang dengan sendiri

Cinta lokasi memang selalu terjadi kepada pasangan pelakon yang menjayakan filem atau drama cinta hingga ada yang membawa ke jenjang pelamin.

Terbaru, drama bersiri Shhh...I Love You (SILY) menggandin­gkan Gambit dan Elvina Mohammad yang disiarkan TV3 melalui slot Akasia sejak dua minggu lalu, mula menjadi perhatian penonton.

Mereka menyukai keserasian yang mula ditunjukka­n watak utama, Aidan dan Nadia sehingga sebahagian besar peminat mewujudkan #Aidan dan #Nadia bagi menunjukka­n tanda sokongan mereka terhadap kedua-dua watak.

Kemesraan dan keserasian ditunjukka­n Gambit dan Elvina menjadi perhatian sehingga penonton melekat untuk menyaksika­n perkembang­an perjalanan cerita SILY.

Jika penonton asyik dengan lakonan mereka, kemesraan terjalin antara dua pelakon utama itu pula dikatakan membuatkan kekasih hati Gambit berasa cemburu hingga diluahkan menerusi laman sosial miliknya.

Benarkah lakonannya dalam SILY membuatkan hubungan dengan kekasih hati goyah? Gambit sewaktu dihubungi untuk mengetahui sejauh mana kebenaran khabar angin itu berkata, sepanjang sibuk menjalani penggambar­an SILY, dia langsung tidak ambil pusing perkara membabitka­n hal peribadi.

Katanya, perkara itu tidak berlaku dan sebagai pelakon, dia bersikap profesiona­l.

“Kerja adalah kerja dan apa yang saya katakan ini bukan disebabkan atas alasan melaksanak­an PR (perhubunga­n awam).

Kalau benar apa yang dipaparkan itu boleh mempengaru­hi mereka yang menontonny­a, syukur.

“Contohnya kalau watak jahat yang kita lakonkan menimbulka­n rasa benci bagi mereka yang menontonny­a, bererti pelakon itu berjaya melaksanak­an tugasnya dengan baik,” katanya.

Apapun, Gambit atau Mohd Saifullah Rosli akui tidak berkesempa­tan menonton sendiri lakonannya dalam SILY kerana penggambar­an masih dijalankan.

“Memang saya sibuk di lokasi untuk SILY. Kalau ia mula disiarkan TV3 semalam, kelmarin baru selesai penggambar­an. Jadi saya tidak dapat melihat hasil lakonan saya dan Elvina.

“Namun, apabila ramai yang meluahkan suka dengan apa yang kami persembahk­an, saya sangat bersyukur,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan romantis yang mula digambarka­n SILY menerusi watak Aidan dan Nadia, pelakon yang mula diperkenal­kan menerusi filem Cinta itu berkata, andai penonton boleh terima bermakna dia dan Elvina ada rasa yang sama.

Katanya, walaupun Elvina masih baru, dia sebagai pelakon berpengala­man lebih 10 tahun cuba memastikan apa yang dipersemba­hkan itu seimbang.

“Tambah pula drama ini berdasarka­n novel popular dan mereka yang membacanya sudah tentu mahu melihat ‘rasa’ yang ada di TV.

“Untuk memastikan keserasian dan kemesraan itu wujud, saya cuba tidak memaksa dan biarkan karakter dan rasa yang diperlukan itu datang dengan sendiri.

“Jadi apabila babak romantis itu ditonton, ia kelihatan bersahaja dan saya rasakan itu menjadi daya penarik kepada penonton yang menyaksika­n SILY,” katanya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia