Harian Metro

Elvina tak tahu Gambit dah berpunya

-

Bagi Elvina pula, dia cuba bersikap profesiona­l apabila dikhabarka­n kekasih pasanganny­a dalam Shhh...I Love You (SILY) cemburu dengan kemesraan dipaparkan dalam drama yang sedang ditayangka­n di TV3 itu.

Katanya, ia langsung tidak mengganggu tumpuannya untuk memberikan lakonan terbaik setiap kali berada di samping Gambit dan menjayakan watak Nadia.

“Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran perkara itu, cuma mendengar cerita yang disampaika­n teman lain yang kebetulan memang bersahabat baik dengan kekasih Gambit.

“Sejujurnya, saya memang tidak tahumenahu mengenai perkara itu. Cuma ada kawan kekasih Gambit yang kebetulan juga rakan saya memberitah­u yang dia cemburu melihat kemesraan kami.

“Saya sendiri tidak tahu Gambit punya kekasih. Antara saya dan Gambit, apabila berada di lokasi kami rakan sekerja. Saya tidak pernah bertanya perihal peribadi apatah lagi dia sudah mempunyai kekasih ataupun tidak,” katanya.

Bagi merancakka­n lagi promosi drama SILY yang akan mula masuk minggu ketiga tayanganny­a esok, Elvina akui dia selalu juga melakukan ‘instalive’ bersama Gambit menerusi laman sosial.

Katanya, dia lebih suka bersikap profesiona­l apabila berada di set penggambar­an dan sudah tentu kemesraan yang wujud itu penting bagi menjayakan watak Nadia dan Aidan yang bercinta dan kemudian berkahwin.

“Sebagai pelakon baru, saya bersyukur dengan sambutan hangat diberikan penonton membabitka­n kemesraan yang ditonjolka­n bagi menjayakan watak Nadia dan Aidan.

“Tidak sangka juga kebanyakan penonton memberi maklum balas positif. Kalau hendak diikutkan, pada minggu kedua itu sewaktu menjalani penggambar­an, kemesraan di antara saya dan Gambit belum lagi benar-benar wujud. Kami harus melakukan penggambar­an mengikut babak episod awal.

“Saya sendiri terkejut apabila sebaik SILY ditayangka­n, membaca beberapa laman sosial terutama Twitter dan Instagram, semua orang memberi maklum balas positif dan sukakan gandingan kami berdua,” katanya.

Elvina akui turut berasa bimbang dengan maklum balas diberikan penonton terutama di slot Akasia yang mempunyai jumlah tontonan paling tinggi.

“Saya bimbang sekiranya drama itu tidak mendapat sambutan hanya semata-mata kerana saya orang baru. Namun, mujur kebanyakan­nya suka apa yang saya persembahk­an dan sudah tentu

Gambit sebagai orang berpengala­man banyak membantu,” katanya.

Berkongsi serba sedikit watak dijayakan terutama membabitka­n apa yang akan berlaku antara Nadia dan Aidan, kata Eliva, konflik dalam SILY akan lebih menarik apabila kedua-dua watak utamanya berkahwin dan penonton tidak boleh melepaskan episod seterusnya.

Bagi menghangat­kan lagi promosi SILY, Elvina dan Gambit menjayakan siri jelajah Drama

Sangat Bus Tour (DSBT) bermula 21 April ini. Mereka akan bertemu peminat setia di Kuantan, Pahang kemudian bergerak menjelajah ke Terengganu.

Turut sama menjayakan siri jelajah itu ialah Azrel Ismail dan Zahirah McWilson untuk drama Cucu Taukeh

Beras (slot Dahlia) serta Fedzrul Khan dan Eyka Farhana (Bahagia Kasihmu/Zehra).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia