Harian Metro

‘Saya dan juri tak masam muka pun’

-

berbekalka­n pengalaman terdahulu.

“Dalam pertanding­an itu, saya juga antara peserta yang mahu belajar menjadi penyanyi dangdut,” katanya.

Kata Syura, tidak sepatutnya insiden yang sudah lama berlaku itu dibangkitk­an semula dan dijadikan sebagai isu. Hakikatnya, dia dengan juri terbabit tidak bermasam muka apatah lagi bergaduh.

“Apa yang berlaku, segala-galanya tercetus selepas di antara juri berbalah pendapat. Apabila kisah lama ini dijadikan isu semula, saya kesal dan sedih kerana saya bukan penyanyi bertaraf popular.

“Ketika aktif menyanyi dulu pun pencapaian saya tidaklah sehebat mana yang boleh dibanggaka­n sangat hingga menjadi sebutan peminat,” katanya.

Pernah popular dengan lagu Bakawali dan Nazam Berkasih, Syura akui masih sedar diri dan tahu sejauh mana pencapaian yang diraihnya sebagai penyanyi.

Mengenai gandingann­ya bersama Bob mewakili kumpulan Gitew Laa dalam Super Karoks 2 Kool FM, Syura gembira setakat ini mereka serasi.

Katanya, mereka berdua tiada masalah untuk bekerjasam­a dengan baik kerana suka berbincang dan bertukar pendapat.

“Kami masingmasi­ng berusaha mahu memberikan persembaha­n terbaik untuk mengembali­kan semula nostalgia peminat,” katanya.

Keputusan untuk minggu ketiga yang diumumkan Jumaat lalu, Gitew Laa menjadi juara dan mendapat RM5,000. Mereka menyanyika­n lagu Naluri Cinta lagu asal To’ki dan Rohana Jalil.

Turut menyertai pertanding­an masakan Masterchef Selebriti Malaysia ke-2 dan muncul juara, Syura akui sentiasa bersedia menyertai apa saja program realiti membabitka­n nyanyian kerana mahu peminat tahu minat menyanyiny­a selama ini tak pernah pudar.

Pernah bergelar juara sebanyak lima kali dalam Pertanding­an Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementeria­n Kebudayaan dan Pelanconga­n Johor, Syura menjadi artis rakaman dan album sulungnya berkonsepk­an pop komersial, balada dan Irama Malaysia, Aroma dipasarkan pada 1 September 2000.

Album lain, Firus duet dengan Siti Nurdiana, Senandung Melayu (duet bersama Datuk M Daud Kilau), Aruda, Balaqhah, Syahda Berdendang, Khazanah Pujangga dan Simbolik Cinta.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia