Harian Metro

Bersahaja di majlis santai

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kebelakang­an ini majlis anugerah bersifat santai dan tidak formal semakin banyak dianjurkan stesen televisyen mahupun organisasi tertentu.

Biasanya apabila mendapat jemputan menghadiri majlis sedemikian, pemilihan pakaian haruslah berpatutan dan sesuai dengan tema.

Paling penting apabila menjayakan acara karpet merah majlis penganuger­ahan yang agak santai, gaya tidak boleh berlebihan.

Sekiranya itu dilakukan, ia akan membuatkan seseorang selebriti itu kelihatan canggung disebabkan pakaian tersarung terlebih gaya.

Untuk menata penampilan bagi menghadiri majlis santai juga sebenarnya lebih mudah kerana selebriti boleh mendapatka­n apa saja yang tergantung di rak butik dengan pilihan baju sedia ada (ready to wear).

Selagi penganjur majlis tidak menetapkan tema, selebriti dijemput bebas untuk mengayakan apa saja.

Dinilai dari segi penampilan beberapa selebriti yang hadir ketika Anugerah Era Digital Muzik dan Malam Throwbaek Drama yang berlangsun­g 1 April lalu, kebanyakan artis gemar memilih warna hitam dan putih sebagai padanan.

Mereka mungkin menganggap ia warna paling selamat dan mudah untuk dipadankan dengan sebarang perhiasan mahupun aksesori.

Kecuali Neelofa yang tampil dengan baju kuning terang dipadankan dengan jaket saiz besar. Mengimbang­i penampilan keseluruha­n seluar putih tetap menjadi pilihan pengacara dan pelakon popular itu.

Dua selebriti baru, Nina Nadira dan Nadya Shaheera turut memilih seluar ‘bell bottom’ untuk menghadiri majlis Throwbaek

Drama.

Mujur padanan baju berbeza corak kerana wujud persamaan pada potongan sama ada baju mahupun seluar digayakan. Tudung berwarna dipakai Nadya menjadi titik tumpu penampilan­nya hari itu.

Dua bintang Akademi Fantasia 2016, Ara dan Afi memilih gaun mini untuk menghadiri majlis Anugerah Era Digital yang pertama kali dianjurkan.

Cuma kasut dan aksesori dipadankan Ara agak kurang sesuai dengan keseluruha­n gaya cuba ditampilka­n.

 ??  ?? NEELOFA
NEELOFA
 ??  ?? NADYA SHAHEERA
NADYA SHAHEERA
 ??  ?? NINA NADIRA
NINA NADIRA
 ??  ?? AFI
AFI
 ??  ?? ARA
ARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia