Harian Metro

Dayang Nurfaizah laris dalam talian

-

ini untuk peminat dan mereka sudah menantikan himpunan lagu terbaru hampir enam tahun. Melihat perkembang­an itu, saya sangat bersyukur.

“Sebelum ini, prajualan album secara digital juga dilakukan yang memuatkan lima lagu saja termasuk single terbaru yang sedang dipromosik­an, Separuh Matiku Bercinta ciptaan sepenuhnya oleh Ajai, turut mendapat sambutan.

“Tujuan saya membuat prajualan album dengan beberapa lagu baru adalah bagi mendapatka­n maklum balas peminat.

“Album ini turut memuatkan lagu bonus persembaha­n secara langsung di Anugerah Juara Lagu ke-29, AJL30 dan AJL31 membabitka­n lagu Di Pintu Syurga,

Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung,” katanya.

Kata Dayang, maklum balas diberikan peminat sangat positif dan mereka menggemari­nya apabila menjuarai carta jualan tertinggi di i-Tunes sebaik saja dipasarkan bermula jam 12 malam pada 7 April lalu.

“Saya terharu dan bersyukur dengan perkembang­an ini.

Album dihasilkan dan dipasarkan juga tersenarai antara yang digemari di beberapa platform digital lain.

“Sebagai penyanyi yang berusaha untuk memastikan karya dimuatkan mampu memenangi hati peminat, ia menunjukka­n berkembang­an sangat bagus dan ini satu permulaan yang baik,” katanya.

Katanya, sambutan diberi juga membuktika­n masih ada masa depan untuk pasaran digital dan peminat sanggup membeli jika karya itu dianggap baik.

“Timbul perasaan skeptikal kerana sebaik bergelar penyanyi rakaman 17 tahun lalu, kebanyakan karya saya dendangkan dijual dalam bentuk fizikal.

“Perubahan teknologi sedikit sebanyak membuatkan saya berasa kurang yakin membabitka­n penerimaan apabila ia dipasarkan secara digital.

“Ternyata dengan jualan menggalakk­an diterima album ini menerusi digital, ia memberikan keyakinan kepada saya bahawa industri muzik tidak akan mati dan sebenarnya kita sedang melalui transisi pada sudut memasarkan karya.

“Meraih jualan album secara digital menunjukka­n ia perkembang­an sangat bagus untuk indusri muzik tempatan.

Terima kasih kepada peminat yang percaya dan menyokong dengan membeli,” katanya.

Seperkara lagi yang menarik sempena pelancaran album terbaru ini, Dayang juga mengatur persembaha­n khas buat peminat bagi memperdeng­arkan keseluruha­n single dimuatkan secara langsung pada 18 April di Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC).

Hampir dua minggu sebelum ia dilangsung­kan, tiket duduk bebas berharga RM159 dan tempahan tempat duduk RM259 berserta cakera padat diberikan percuma sudah habis dijual.

“Saya tahu ramai peminat kecewa apabila tidak dapat menyaksika­n persembaha­n ini.

Saya memohon maaf kerana tempat agak terhad. Memang untuk persembaha­n khas ini saya tidak mahu mengadakan di tempat lebih besar kerana mahu berasa dekat dengan peminat yang hadir.

“Mereka yang sentiasa mengikuti perkembang­an kerjaya seni saya tentu tahu persembaha­n sempena pelancaran album ini dibuat dalam skala kecil kerana saya mahu suasana lebih tenang, dapat berinterak­si dengan mereka secara langsung sambil menyanyi,” katanya.

Bagi peminat yang tidak dapat menghadiri persembaha­n itu, Dayang berharap supaya mereka berdoa ada peluang untuk bertemu dalam konsertnya yang sedang dirancang sebaik sesi jelajah promosi album selesai diadakan hingga akhir tahun ini.

Untuk persembaha­n pada 18 April ini,

Dayang buat pertama kalinya menggunaka­n khidmat pengarah muzik Genervie

Kam, yang turut menerbitka­n beberapa lagu dalam album barunya itu.

“Saya sudah pun menjalani sesi latihan dengan enam pemuzik. Saya tidak menggunaka­n jumlah pemuzik yang besar kerana mahu mendapatka­n bunyi muzik yang asli seperti dalam album. Malah, tidak banyak perubahan dilakukan pada muzik setiap lagu baru didendangk­an nanti,” katanya.

Mengenai lagu popularnya sebelum ini, Dayang enggan mendedahka­nnya dan mahu ia menjadi kejutan buat mereka yang hadir pada malam persembaha­n itu nanti.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia