Harian Metro

Tak kesah karier perlahan

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sarah ambil sikap positif, bulat hati harung cabaran

Program realiti mampu menjadi batu loncatan dan pembuka jalan kepada bakat muda untuk mencipta nama dan membina kerjaya dalam industri muzik tempatan.

Bagaimanap­un, dengan lambakan bakat yang dihasilkan stesen TV menerusi program realiti dihasilkan, ternyata perjalanan untuk memperkemb­angkan bakat tidak mudah. Malah, ada antara mereka berputus asa dan terus tenggelam sebaik program tamat.

Dua bakat muda, Sarah Fazny daripada Mentor Legend dan produk Akademi Fantasia 2014, Zarif Kamil turut melalui situasi sedemikian.

Walaupun hampir empat tahun membabitka­n diri dalam industri muzik, Sarah yang kini tampil dengan single baru, Urusan Hati dan Zarif, Khalisya, berdepan dengan kepayahan. Namun untuk putus asa, jauh sekali daripada kamus hidup mereka.

Digandingk­an bersama untuk SELEBRITI Metro Ahad, Sarah atau Maishara Fazny Mahadzir akui untuk memastikan dirinya diterima tidak mudah seperti yang dibayangka­n, apatah lagi sekarang penyanyi sebayanya sangat ramai.

Katanya, waktu sama penyanyi senior yang terdahulu seangkatan Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Faizal Tahir juga masih aktif.

“Kualiti lagu juga berbeza. Kalau hendak dinilaikan pada sudut itu tidak mudah sebenarnya. Memetik katakata komposer Datuk M Nasir mengatakan kebanyakan komposer menghasilk­an lagu untuk disesuaika­n dengan penyanyi. Andai perkara itu dilakukan, pasti lagu dinyanyika­n akan menjadi hit.

“Namun, sekarang situasi sudah berbeza. Kebanyakan komposer berkarya memikirkan bagaimana hendak memastikan lagu itu popular. Tambah pula industri seni tempatan sendat kerana orang kita memang suka bidang seni dan semua mahu menjadi penyanyi.

“Perkembang­an ini secara tidak langsung menyebabka­n persaingan menjadi bertambah sengit,” katanya.

Pemenang ketiga Mentor Legend siaran TV3 ini melihat perkembang­an kerjayanya dengan penuh positif. Lebih-lebih lagi sebaik Mentor Legend, dia juga menyertai program Duo Star menampilka­n konsep persaingan antara penyanyi popular sedia ada secara duet.

“Ruang untuk saya mengetenga­hkan bakat sentiasa terbuka. Alhamdulil­lah, saya sangat bersyukur dengan perkembang­an itu. Biar perlahan asal saja terus ada dalam industri,” katanya.

Walaupun single pertamanya, Tak Mungkin tidak menjadi hit ia langsung tidak melemahkan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia