Harian Metro

Enam bulan sekali jumpa doktor

- Norh ayati Nordin yati@hmetro .co m.my

Pad a usia 51 tahun, ratu rock, Ella, tetap cantik dengan kulit wajah tegang dan tidak dimamah usia. Apatah lagi kini berhijab, Ella tetap jelita dan menawan dalam kelas tersendiri.

Khusus buat Selebriti Metro Ahad, Ella atau Norzila Aminuddin sedia berkongsi penjagaan kesihatann­ya. Penyanyi lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata ini akui sentiasa membuat pemeriksaa­n kesihatan.

Katanya, selain menjaga pemakanan harian, dia melakukan pemeriksaa­n kesihatan berkala. Setiap enam bulan sekali dia pasti membuat pemeriksaa­n kesihatan badan dan gigi.

“Apapun, bersenam adalah aktiviti rutin. Setiap hari saya akan meluangkan masa bersenam termasuk ke gimnasium. Saya juga suka berenang. Dua aktiviti ini memang kegemaran saya,” katanya.

Ella juga tidak berpantang makanan seperti hidangan pedas tetapi hanya kurangkan pengambila­n makanan manis.

“Apa yang pasti, setiap hari saya akan makan buah-buahan. Selain itu, tak lupa lebihkan minum air suam. Saya memang akan pastikan banyak minum air suam setiap hari kerana baik untuk vokal dan kesihatan,” katanya.

Kata Ella, tidak berguna kalau jaga pemakanan saja tanpa ambil kiri tahap kesihatan diri. Langkah membuat pemeriksaa­n kesihatan ini sudah dilakukann­ya sejak lama dulu kira-kira 20 tahun yang lalu.

“Bagi saya, pemeriksaa­n kesihatan penting dilakukan sebagai pencegahan awal untuk mengesan sebarang penyakit.

“Apatah lagi sekarang ini wujud pelbagai jenis penyakit. Jadi, pemeriksaa­n kesihatan wajar dilakukan,” katanya.

Mengenai fesyen pilihan, sebagai selebriti dikenali masyarakat semestinya soal penampilan juga perlu diberi tumpuan.

“Sebagai wanita, saya akui memang suka fesyen. Bahkan kini saya lebih gemar mengikut perkembang­an fesyen sesuai.

“Baru saja berhijab pada hujung tahun lalu, masih banyak perlu saya ambil kira mengenai fesyen selesa digayakan,” katanya.

Mengakui pada awal penampilan berhijab dulu agak sukar baginya mencari gaya tudung sesuai tapi kini semuanya menjadi mudah.

“Tidak sukar pun untuk tampil bergaya anggun dan menawan meskipun berhijab. Sekarang gaya bertudung pun boleh difesyenka­n.

“Cuma perlulah sesuai dengan pakaian dipilih. Apapun, yang pasti kini jiwa lebih tenang,” katanya yang berkahwin dengan

Azhar Ghazali pada 7 Julai 2012.

Mula menyertai band

Th e Boys dan kemudian dikenali sebagai Ella & Th e Boys pada 1985, lebih 30 tahun Ella membabitka­n diri dalam seni.

Katanya, banyak aktiviti dalam perancanga­n seperti menjayakan persembaha­n Minggu Setiausaha pada 26 dan 27 April ini di Saloma Bistro & Th eatre Restaurant.

Ella juga akan muncul dengan album baru memuatkan tujuh lagu dan bakal dilancarka­n pada Julai nanti.

“Album baru ini sangat bermakna kerana kali terakhir menghasilk­an album Rama-Rama pada 2007. Bermakna sudah sedekad saya tidak muncul dengan album baru buat peminat.

“Saya juga teruja akan mengadakan konsert istimewa pada Disember nanti,” katanya.

 ??  ?? TRIVIA
Penjagaan kesihatan Pemeriksaa­n kesihatan berkala Jaga pemakanan Senaman
Berenang
Makan buah-buahan Minum banyak air suam
Kurangkan makanan manis
Gaya/penampilan
Pilih pakaian sesuai Makin selesa berhijab
TRIVIA Penjagaan kesihatan Pemeriksaa­n kesihatan berkala Jaga pemakanan Senaman Berenang Makan buah-buahan Minum banyak air suam Kurangkan makanan manis Gaya/penampilan Pilih pakaian sesuai Makin selesa berhijab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia