Harian Metro

Yoochun bercinta cucu hartawan

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Netizen gempar idola mahu

akhiri zaman bujang tapi si gadis sangkal khabar angin

Minggu lalu, peminat Park Yoochun dikejutkan dengan berita selebriti itu bakal mengahwini seorang wanita dikenali Hwang HaNa.

Hwang HaNa dipercayai cucu kepada ahli perniagaan kaya yang mengusahak­an Namyang Dairy Products.

Sebaik saja berita itu mula panas, beberapa maklumat mengenai hubungan mereka mulai muncul. Sumber rapat anggota kumpulan JYJ itu melaporkan, berita mengenai perkahwina­n selebriti itu dengan wanita disebutkan adalah benar.

Difahamkan juga, mereka akan berkahwin secara tertutup pada musim luruh nanti, sekitar bulan September. Hubungan cinta mereka mulai berputik tanpa diketahui ramai. Hanya segelintir ahli keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenainy­a.

Selepas skandal menimpa Park Yoochun, Hwang HaNa menjaga dan sentiasa bersama selebriti itu pada waktu susah. Bermula dari situ, cinta pun berputik dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Sumber itu juga mendakwa, tempoh hubungan mereka juga tidak lama. Difahamkan, Hwang HaNa pernah menjadi peminat Park Yoochun sebelum Yoochun mula menyintain­ya.

Satu lagi sumber melaporkan, Park

Yoochun yang sedang menjalani kerahan wajib perkhidmat­an tentera, tidak mempunyai projek atau cita-cita terbaru dalam industri hiburan.

Dia dikatakan dalam perancanga­n untuk bersara daripada dunia hiburan dan meneruskan hidup sebagai orang biasa.

Kata sumber itu, sudah semestinya dia perlu memulakan aktiviti di mana saja dia mahukan, jadi adalah sukar untuk mengesahka­n berita persaraann­ya. Pada masa ini, dia mungkin tidak lagi aktif dalam ‘showbiz’.

Laporan lain pula mendedahka­n perincian daripada ‘posting’ Instagram milik Hwang HaNa mengenai teman lelaki dan bayangan mereka akan berkahwin.

Menurut laporan itu, wanita itu didakwa menunjukka­n baju berpasanga­n pada

Disember lalu dan Yoochun melamarnya pada 14 Mac lalu.

Dia tidak secara jelas mengatakan sudah dilamar tapi dalam tulisannya dia mendakwa berkata, ia berjaya mengubah dirinya dan bagaimana hadiah diterima membuatkan dia menangis.

Malah, ada juga laporan mengatakan dia pernah memuat naik foto pakaian pengantin ke laman sosial.

Pun begitu, wanita itu tiba-tiba sahaja menulis kenyataan berbeza yang menafikan laporan awal mengenai dirinya.

Dia menafikan berstatus cucu kepada ahli perniagaan kaya atau mempunyai hubungan cinta dengan selebriti itu.

“Saya tidak ada perancanga­n untuk berkahwin. Saya hanya orang biasa! Tidak bolehkah kamu tinggalkan saya bersendiri­an? Semua cerita itu mendatangk­an masalah.

“Ia seolah-olah saya sudah bercinta dengan seseorang selama setahun dan mempunyai sebuah pusat beli-belah yang hebat,” tulisnya. Malah dia sendiri berharap satu hari dapat menjadi pemilik pusat beli-belah sendiri seperti mana dikatakan orang lain.

Dia juga mendedahka­n tidak pernah bercinta dengan sesiapa selama setahun dan terkejut sebab keterangan salah itu mampu menjadi artikel berita.

“Yang pasti, semua cerita itu salah, jadi lupakan saja!” tegasnya dalam kenyataan di laman sosial.

HaNa juga meminta netizen supaya berfikir dua kali sebelum menulis sesuatu yang negatif mengenainy­a.

Laporan lain daripada salah seorang kakitangan pemasaran Namyang

Dairy Product mendakwa, pihak mereka tidak pernah mendengar mengenai hubungan asmara terjalin di antara pewaris syarikat dengan Park Yoochun.

Pihak mereka juga mengatakan tidak pernah mendengar perancanga­n perkahwina­n dua individu yang dimaksudka­n.

Kebanyakan peminat Park Yoochun meluahkan rasa kecewa dengan berita itu dan mereka beranggapa­n selebriti itu mengecewak­an mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia