Harian Metro

Anak gadis Jackson normal

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Paris Jackson Katherine Michael bukan lagi kanak-kanak pemalu yang berambut keriting, sebaliknya remaja yang bergelar model dan pelakon.

Sebagai anak raja pop dunia, Michael Jackson,

Paris akui masih merasai kehadiran ayahnya.

Katanya, jika dia rasakan kehadiran ayahnya, dia akan mengucup gelang tangan yang dipakai ayahnya ketika meninggal dunia pada 2009.

Gelang tangan daripada tali dengan hiasan batu jed yang dibeli di Afrika itu menjadi satu-satunya benda yang masih dipakai sebagai tanda ingatan terhadap ayahnya. Selain itu dia juga mencacah tatu gambar album Dangerous sebagai tanda ingatan.

“Saya sentiasa berasakan kehadirann­ya. Setiap saat, di mana pun saya berada dan apa pun yang saya lakukan, dia sentiasa ada.

“Dia mungkin tidak berada di depan mata lagi tetapi dia sentiasa ada di hati. Dia adalah ayah dan idola saya,” katanya.

Lahir dalam kemewahan, Paris berasakan hidup dalam rumah besar dilengkapi taman tema permainan tidak membuatkan mereka hidup lain daripada individu lain.

Tujuh tahun tinggal di rumah agam dinamakan Neverland, mereka tidaklah sewenang-wenangnya bermain di taman tema mahupun menunggang kuda.

“Orang melihat kami memiliki segalanya, kekayaan dan kemasyhura­n tetapi kami hanya boleh bermain mengikut masa yang ditetapkan.

“Kehidupan kami sama seperti orang lain yang mempunyai banyak kekangan. Setiap hari kami harus ke sekolah dan berkelakua­n baik.

“Andai sepanjang minggu menunjukka­n kelakuan baik, pada hujung minggu kami boleh memilih sama ada untuk ke taman tema, menonton wayang atau ke zoo,” katanya.

Paris serta abangnya, Prince Michael I, 19, dan adiknya, Prince Michael II (Blanket), 14, mulanya belajar di rumah. Ketika itu mereka tidak memikirkan untuk mencari rakan kerana mereka hanya perlukan ayah sebagai teman.

Katanya, andainya sedang belajar di rumah dan ayahnya tiba-tiba datang ke kelas, sesi pembelajar­an akan selesai pada saat itu. Situasi itu membuatkan dia

Paris lepasi tempoh sukar fasa kehidupan tanpa bapa

lebih suka belajar di rumah.

Selepas kematian Jackson, ia membawa impak besar dalam hidup Paris. Dia terpaksa belajar di sekolah harian dan mengalami kesukaran untuk menyesuaik­an diri. Malah dia juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli.

“Selama ini saya belajar di rumah dan keadaan itu membuatkan komunikasi saya dengan orang lain menjadi teruk. Saya tidak tahu bagaimana untuk berkawan. Saya juga menjadi mangsa buli ketika berada di sekolah.

“Kawan-kawan mengejek mengatakan saya anak penagih dadah.

“Malah apabila berjalanja­lan di tempat awam pun, saya akan menerima pelbagai jenis pandangan mata. Ada yang simpati, ada juga yang melihat saya jijik,” katanya.

Apapun tanggapan umum mengenai kematian ayahnya, Paris tidak pernah ada perasaan benci. Seburuk manapun cerita atau gosip disebar, baginya Jackson adalah satu-satunya ayah yang dikenaliny­a.

Mengenai khabar angin mengatakan ayah kandungnya adalah aktor Mark Lester yang dikatakan mendermaka­n spermanya kepada Debbie Rowe, ibu kandung Paris, dia enggan mempercaya­i cerita itu.

Baginya, semua itu hanyalah khabar angin dan enggan mempercaya­inya walaupun rakan baik Jackson sendiri mengakuiny­a.

Banyak lagi dugaan yang harus dilalui Paris yang melalui zaman remaja yang sangat teruk. Dia mengalami kemurungan hingga beberapa kali mencederak­an diri dan mula ketagih dadah.

Katanya, dia dihantar ke pusat pemulihan selepas cubaan membunuh diri ke-15. Di sana dia berusaha untuk pulih.

“Saya gembira sekarang, tidak lagi mengambil sebarang ubat antitekana­n. Saya sudah sihat dan menjalani kehidupan dengan gembira. Saya akan gunakan populariti untuk menyebarka­n aura positif dan membantu remaja yang mengalami masalah jiwa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia