Harian Metro

Peminat seram pasti puas

-

FILEM: Hospital

ARAHAN: Azaromi Ghozali PELAKON: Fatin Afeefa, Nina Iskandar, Shima Anuar, Fizz Fairuz, Serina Redzuawan, Julia Farhana Marin, Amreen Shukry dan Rashidah Jaafar

GENRE: Seram

TAYANGAN: 13 April 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Hospital boleh dianggap filem seram triler yang mempunyai idea sangat menarik terutama dalam percubaan untuk bermain teka-teki dengan penonton mengenai siapa salah dan betul.

Filem ini juga menekankan kualiti pencahayaa­n, premis dan kerja kamera yang memberi momen seolah-olah menonton karya seram Thai.

Pun begitu, Hospital tetap mempunyai kelemahan tersendiri yang tidak sewajarnya berlaku. Antara paling ketara, skripnya yang masih kedengaran lemah. Lontaran dialog terlalu ringan dan ada kala tangkap muat untuk naskhah yang mempunyai idea yang hebat.

Keadaan itu menyebabka­n cetusan rasa pelakon tidak sejajar dengan kehendak watak yang sepatutnya. Diikutkan, pelakon boleh saja mencipta ruang sendiri untuk memastikan watak masingmasi­ng mempunyai momen tersendiri, malangnya tidak semua pelakon mampu memberi ‘rasa’ itu sebaik mungkin.

Contohnya watak utama, Fatin Afeefa sebagai Amira yang mengalami gangguan emosi akibat diganggu roh jahat. Dia kelihatan cepat hilang fokus dan ada kala terlalu terkawal.

Begitu juga watak Dahlia lakonan Nina Iskandar yang kurang berjaya mengawal emosi watak. Nina cuba meluahkan emosi melalui mata, malangnya dia terlupa pada bahasa tubuh yang sepatutnya seiring dengan emosi itu.

Pelakon baru, Amreen sebagai Fahmi masih banyak yang perlu diperkemas­kan. Lontaran rasanya masih kosong dan terlalu mengikut skrip.

Pun begitu, lakonan Julia Marin sebagai Farah berjaya memberi sesuatu buat penonton. Walaupun sekadar memegang watak kecil, lakonannya nampak bersahaja dan meyakinkan. Jujur dikatakan, dia berjaya membuktika­n seorang pelakon perlu ada bakat dan ilmu.

Walaupun filem ini lemah di permukaan, ia tetap mempunyai hiburan tersendiri yang mampu memberi rasa takut dan terkejut kepada peminat filem seram.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia