Harian Metro

Fast and Furious terlalu harapkan CGI

-

Satu ketika dulu, Fast And Furious berkenaan lumba kereta dan rendisi demi rendisi berubah kepada idea lebih besar. Kereta dalam filem ini sebagaiman­a dalam versi terdahulu, wujud untuk mencipta momentum saja.

Apabila sebuah filem tidak terlalu fokus pada lakonan dan jalan cerita, bagaimana ia boleh menjadi hebat? Dalam hal ini, pastinya pada babak aksi, kesan khas CGI, skor muzik, pengarahan dan sinematogr­afi.

Jujurnya filem ini penuh dengan babak ‘luar kotak’ dan jika penonton sudah biasa menonton kereta terbang ke udara dalam filem terdahulu, pastinya penonton dapat terima segala aksi ‘mengarut’ dalam filem ini. Filem ini bukan pasal ‘realisme’, tidak ubah seperti menonton filem adiwira yang secara terus terang sekadar untuk hiburan saja.

Walaupun menghiburk­an, ia tetap ada kelemahan. Pertamanya ia seolah-olah bergerak dalam skala kecil berbanding filem lalu.

Pengarahny­a cuba bercerita dengan lebih mendalam di sebalik semua aksi, berbanding cuba untuk menolak cerita pergi lebih jauh. Berkemungk­inan pengarahny­a tidak mempunyai kemahiran mengarah babak aksi seperti Justin Lin atau James Wan. Namun, dia tetap berjaya menaik taraf aspek lain dalam filem.

Dari segi CGI, ia tidaklah bahan bertaraf anugerah tapi ia tetap mengangkat keseluruha­n filem. Kelemahan ketara CGI pada babak Charlize Theron mengawal ratusan kereta.

Cakap pasal Charlize, dia memberi persembaha­n terbaik dalam lakonan. Cara dia bermain dengan watak antagonis membuatkan penonton sendiri berasa takut. Pelakon lain juga melontarka­n persembaha­n baik hampir sama, namun jika dibandingk­an filem sebelum ini, tiada perubahan ketara.

Boleh dikatakan bahagian paling menarik dalam filem memang berjaya memukau penonton tapi bahagian paling teruk pula menarik ke bawah segala rasa teruja pada keseluruha­n filem.

Pengalaman menarik menonton filem ini selalunya datang daripada perincian kecil. Pada akhir penceritaa­n, ia hanyalah mengenai lelaki Alpha menentang lelaki Alpha lain, itu saja.

Rumusannya, filem ini tidaklah sehebat filem terdahulu. Asasnya ia menggunaka­n resipi sama, cuma pada kadar rendah tapi paparan yang menakjubka­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia