Harian Metro

Terjemah keindahan kafe kota Paris

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pemilihan tema bersesuaia­n tidak saja akan membangkit­kan emosi, malah mampu membawa kita ke alam berbeza.

Hal itu juga diterapkan dalam kafe milik penyanyi, cef dan juga pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob yang bakal menyambut hari lahir ke-39 pada 18 April ini.

Fazley cuba menterjema­hkan keindahan kafe di kota Paris, Perancis sebagai tema utama kafe miliknya, Suka Sucre Bistro.

Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu pernah berkelana ke Perancis mengikuti kursus kulinari di institusi masakan terkemuka dunia, Le Cordon Bleu.

Sekembalin­ya dari sana, dia membuka bistro itu yang turut menghidang­kan menu ‘kemenangan’, iaitu menu yang pernah membawa kenangan manis buatnya sejak bergelar cef, empat tahun lalu.

Dekorasi dalam bistro ini ada kelainan tersendiri. Contohnya di satu sudut diletakkan trofi dan logo ketika di sekolah dulu dan juga dari Paris. Sudut lain pula disusun buku masakan dan menu.

Pada satu sudut lain, ada ruang untuk keluarga, acara persendiri­an, acara hiburan dan romantik yang boleh memuatkan 200 orang pada satu-satu masa.

Malah bistro dan kawasan sekitar pernah memuatkan hampir 1,000 tetamu kerana mempunyai ruang luas di bahagian luar bangunan.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini dan Bila April akui selama berada di Paris, dia suka melihat dekorasi ringkas tapi cantik kafe di sana.

‘Rupa dan rasa’ (look and feel) Perancis di Suka Sucre Bistro turut membabitka­n pemilihan perabot, tona warna, pinggan mangkuk malah menu masakan.

Bagi menimbulka­n

‘mood’ Perancis untuk pelanggan yang datang, dia turut perdengark­an muzik dari negara itu.

Pun begitu, dia tetap mengangkat menu tempatan terutama dari negeri kelahirann­ya, Negeri Sembilan tapi diolah dengan kreatif melalui cita rasa Perancis. Contohnya Pasta Masak Lemak Cili Api.

Katanya, selama tiga tahun belajar di sana memang dia mahukan elemen itu ada di sini. Seperti papan hitam berhampira­n bar, kek dan jus, memang banyak di sana.

“Kebanyakan kawankawan saya yang pernah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia