Harian Metro

Adam, Indah sama hebat

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dua bintang cilik berjaya curi tumpuan selepas bintangi drama Suamiku Paling

Sweet dan Misteri Wan Peah

Bakat pelakon kanak-kanak dalam industri seni tempatan memang tidak boleh disangkal dan kini makin ramai si cilik berbakat diketengah­kan.

Kalau sebelum ini nama bakat kanak-kanak seperti

Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar dan Puteri Balkis begitu menjadi perhatian, tampil dua lagi bakat cilik baru yang makin mencuri tumpuan penonton untuk menyaksika­n lakonan mereka.

Nama Nik Adam Mika, 7, dan Indah Emeerlda, 8, secara tibatiba menjadi perhatian selepas membintang­i drama Suamiku Paling Sweet dan Misteri Wan Peah di TV3.

Adam atau Nik Adam Mikael, anak sulung daripada dua beradik menampilka­n lakonan mantap sebagai Hafiey dalam drama Suamiku Paling Sweet di slot Akasia.

Manakala, Indah atau Nur Indah Emeerlda pula berjaya melakonkan watak Aishah dalam drama Misteri Wan Peah untuk slot Seramedi, baru-baru ini.

Menggandin­gkan dua bakat cilik ini dalam satu fotografi diatur Selebriti Metro Ahad, kedua-duanya kelihatan malumalu terutama Adam yang jelas nampak kekok apabila digandingk­an bergambar bersama Indah yang ceria dan mudah mesra.

Meskipun belum lagi mendapat peluang berlakon bersama, Adam dan Indah bersedia untuk saling bekerjasam­a.

Adam mula jadi perhatian pada 2014 selepas membuka akaun laman sosial Instagram (IG). Katanya, dia memang suka jadi perhatian dari segi penampilan dan seronok jika nampak segak pada setiap masa.

“Papa bukakan akaun IG dan sejak itu banyak gambar saya menggayaka­n pelbagai fesyen di muat naik. Daripada situ saya mula dapat peluang jadi model pakaian kanak-kanak dan kemudian berlakon,” katanya.

Selain Suamiku Paling

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia