Harian Metro

Cinta beza usia dalam Nurul Kasih

-

Apabila cinta berbeza usia menjadi dilema, apakah yang harus dilakukan? Tambahan pula apabila wanita itu sememangny­a kaya dan berharta pasti ada sahaja persepsi negatif yang dilontarka­n kepada lelaki.

Haruskah cinta itu dilupakan? Kisah ini melatari telefilem Nurul Kasih yang akan disiarkan TV2 jam 11 malam ini.

Menampilka­n gandingan pelakon utama Aliff Aziz dan Aida Aris, telefilem ini turut dibintangi Aida Khalid, Sheera Iskandar dan Kharil Anwar.

Ia mengisahka­n Izham, berkorban untuk menyara keluarga walaupun menerima tawaran melanjutka­n pelajaran ke universiti. Atas nasihat ibu dan abangnya, Izham cekal meneruskan kehidupan di kampus.

Sementara itu, Nurul pula pensyarah berkerusi roda kerana lumpuh akibat kemalangan. Dalam keadaan seperti itu, tunangnya, Razif memutuskan hubungan mereka.

Doktor memaklumka­n Nurul masih ada peluang untuk berjalan semula tetapi kekecewaan membuatkan wanita itu rela duduk di kerusi roda.

Pertemuan kali pertama antara Izham dan Nurul di perpustaka­an menimbulka­n keceriaan pada wajah Nurul. Mereka mula rapat dan Nurul meminta pulang bersama Izham ke kampung halaman pada cuti semester.

Kembali ke kampus selepas cuti semester, Izham keliru dengan perasaan sendiri apabila Sara, rakan sekelasnya meluahkan rasa cinta. Dari jauh, Nurul melihat mereka. Dia kemudian perlahan-lahan menjauhkan diri daripada Izham.

Izham pergi berjumpa kedua-dua orang tua Nurul. Walaupun pandangan negatif yang diterima, dia berpegang pada janji untuk mendirikan rumah tangga bersama Nurul.

Ibu Nurul menganggap Izham sebagai batu yang menjadi beban kepada anaknya tetapi ayah Nurul merestui hubungan itu.

 ??  ?? SAHARUL Ridzwan
SAHARUL Ridzwan
 ??  ?? ALIFF Aziz
ALIFF Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia