Harian Metro

‘Hidup saya milik saya’

-

Tia enggan layan spekulasi dia mengubah wajah menerusi pembedahan

membuatkan netizen berhenti bercakap mengenai isu ini.

“Saya rasa apa pun jawapan yang saya berikan, mereka tetap akan bercakap. Ia tidak akan pernah memuaskan hati semua pihak.

“Ada yang menantikan jawapan dan berharap ia tidak benar. Ada pula yang selepas mendapat jawapan, mereka akan tetap mengutuk. Rasanya, saya tidak perlu memberi penjelasan kepada sesiapa pun.

“Hidup saya milik saya. Semuanya saya tentukan. Mereka boleh katakan apa saja tetapi saya tetap dengan keputusan untuk tidak memberi sebarang jawapan untuk isu itu,” katanya tegas.

Mengenai gosip bercinta dengan Kai Ko, Tia menafikann­ya. Malah ketika menghadiri program bual bicara Kang Xi Lai Le, dua pengacara, Dee Hsu dan Kevin Tsai cuba mengorek cerita sebenar daripadany­a.

Beberapa pertanyaan diajukan dengan tujuan memerangka­p Tia agar mendedahka­n kebenaran di sebalik khabar angin mengenai pelakon itu dan Kai Ko.

Wajah Tia kemerahmer­ahan kerana diusik tetapi dia masih tidak berganjak daripada jawapan yang sudah diberikan. Kata Tia, mereka hanya sekadar teman rapat.

“Kai Ko adalah teman rapat saya. Tidak ada yang pelik apabila kita keluar meluangkan masa bersama dengan rakan baik. Tapi kami jarang keluar berdua sebaliknya selalu melepak dengan beberapa rakan lain.

“Kami tidak pernah menggunaka­n mereka untuk mengaburi mata umum kononnya menutup hubungan sebenar. Itu adalah perbuatan kejam. Kenapa perlu babitkan rakan sendiri untuk menutup perkara tertentu dalam hidup?

“Setakat ini saya masih lagi dengan jawapan sama. Kai Ko adalah teman rapat saya. Andai ada masa terluang, kami akan keluar bersama dan berkongsi cerita mengenai perkembang­an masingmasi­ng,” katanya.

Filem terbaru lakonan Tia, The Perfect Girl mula ditayangka­n di pawagam Khamis lalu. Ia turut dijayakan Ray Chang, William Hsieh dan Josie Leung.

Karya adaptasi novel misteri ditulis Tsung Yeh Ling itu mengisahka­n Ye Xin, pelajar yang dilihat mempunyai kehidupan sempurna. Dia bijak, ayahnya pakar bedah terkenal dan mempunyai teman lelaki kacak.

Suatu hari, seekor anjing masuk ke halaman rumahnya dan mula mengorek tanah mendedahka­n tulang-tulang manusia yang ditanam di laman rumah Ye Xin. Pada masa sama, dia menerima surat ugutan daripada seseorang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia