Harian Metro

6 kilometer 18 halangan

- Asmidar Zainol metahad@hmetro.com.my

Usia bukan halangan kepada pasangan suami isteri, Guanius Salagan, 50, dan Kona Liau, 45, untuk mengekalka­n kejuaraan kali kedua bagi kategori Elite dalam program Sungkadon Obstacle Sprint Run di Kampung Sungkadon, barubaru ini.

Bagi Guanius, pemenang 13 kali acara Mount

Kinabalu Internatio­nal Climbathon dan KL Tower Internatio­nal Towerthon Challenge, acara ini tidak kurang mencabar berbanding pelbagai acara yang disertai sebelum ini.

“Jika acara lain, saya perlu memanjat dan menurun tangga atau gunung dan bukit bukau, tetapi acara hari ini memerlukan stamina yang lebih untuk merentasi laluan enam kilometer bersama 18 halangan permainan tradisiona­l yang disediakan pihak penganjur.

“Saya sukan cabaran dan berharap pada tahun hadapan lebih banyak laluan serta halangan disediakan penganjur,” katanya.

Guanius menamatkan larian dengan masa 21 minit, manakala isterinya mengambil masa kurang setengah jam menewaskan 426 peserta lain dan membawa pulang hadiah wang RM500 setiap seorang, piala serta medal.

Sungkadon Obstacle Sprint Run adalah sukan larian berhalanga­n tahunan, dianjurkan Casero Event sejak 2016 yang terbahagi kepada dua kategori, Elite dan Fun Run.

Menurut Pengarah Urusan, Casero Event, Steve Johnny Mositun, Sungkadon Obstacle Sprint Run agak berbeza dengan acara yang dianjurkan sebelum ini.

“Menariknya, kategori Fun Run memerlukan peserta berlari dan membuat semua aktiviti atau halangan secara berkumpula­n berbanding kategori Elite yang merupakan pertanding­an merebut tempat atau nombor kedudukan.

“Kita dapat lihat setiap kumpulan Fun

Run perlu bekerjasam­a dan menyokong antara satu sama lain. Di situlah keseronoka­n menyertai kategori Fun Run berbanding Elite yang lebih serius.

“Kita mengharapk­an lebih banyak lagi penyertaan dari luar Sabah, sekali gus menonjolka­n daerah Papar ini sebagai destinasi pelanconga­n sukan di negeri ini,” ujarnya.

Hadir menyaksi dan menyampaik­an hadiah ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johnny Mositun.

Sementara itu, peserta Fun Run, Quen Martin, 29, kali pertama menyertai acara larian ini.

“Walaupun kali pertama menyertai acara ini, saya amat gembira kerana berjaya menamatkan perlumbaan. Antara cabaran yang paling sukar untuk dilakukan adalah aktiviti ‘Gompoton’ iaitu memanjat tali dan membunyika­n loceng.

“Ia sukar dan saya

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang perlu dilakukan peserta iaitu aktiviti manaan atau mengangkat kayu.
ANTARA aktiviti yang perlu dilakukan peserta iaitu aktiviti manaan atau mengangkat kayu.
 ??  ?? TIMOLOP Lolobuhon atau selam kolam
kerbau.
TIMOLOP Lolobuhon atau selam kolam kerbau.
 ??  ?? GUANIUS dan Kona berjaya mengekalka­n kejuaraan tahun ini.
GUANIUS dan Kona berjaya mengekalka­n kejuaraan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia