Harian Metro

Dua jam rentas tujuh kampung

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Kayuhan santai 32 kilometer satukan

masyarakat menerusi aktiviti sihat

Jika berlumba dapat memberi kepuasan kepada yang sukakan kelajuan, nikmat berbasikal beramai-ramai secara santai pula lebih mengasyikk­an.

Malah, kerana keasyikan itu juga, seramai 1,000 peminat aktiviti berbasikal hadir dalam program Kayuhan Sihat Selangor Sementa 2017 di Sementa, Selangor barubaru ini.

Biarpun matlamat utama menggalakk­an aktiviti riadah secara sihat terutama menerusi sukan berbasikal, sesuatu yang harus dipuji, kayuhan anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandara­n Klang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sementa itu turut menjadi platform menyatupad­ukan masyarakat berbilang kaum tanpa mengira peringkat umur dan usia.

Disertai Exco

Kesihatan, Kebajikan,

Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor merangkap ADUN Sementa, Dr Daroyah

Alwi diiringi Pegawai Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor dan Setiausaha MPK Adi Faizal Ahmad Tarmizi, kedinginan pagi mengiringi konvoi berbasikal yang bermula jam 8 pagi itu.

Oleh kerana ia kayuhan santai, rata-rata peserta dilihat tenang berkayuh beriringan biarpun ada yang membawa anak kecil.

Peserta dibawa berbasikal merentasi tujuh kampung dengan pemandanga­n indah kawasan DUN Sementa.

Menariknya kayuhan ini, ia tidak sekadar menyihatka­n badan pada aspek jasmani, malah juga sudut kerohanian dengan pergaulan bersama masyarakat yang antaranya dari kawasan luar, selain menghayati keindahan alam kawasan DUN Sementa.

Pengarah Program Kayuhan Sihat Selangor Sementa 2017 merangkap Pengerusi Induk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandara­n Klang Hariz Aizat Mahyudin berkata, menerusi kayuhan itu peserta dibawa berkayuh bersama merentasi tujuh kampung sebelum kembali semula ke garisan permulaan.

Katanya, tempoh dua jam diambil bagi melengkapk­an kayuhan sejauh 32 kilometer (km) sekitar DUN Sementa yang bermatlama­t menyatupad­ukan masyarakat melalui penganjura­n aktiviti sihat.

“Sihat ini secara umumnya bukan sekadar pada jasmani semata-mata, malah turut membabitka­n rohani.

“Apa yang kita cuba terapkan dalam program ini adalah supaya masyarakat sama-sama dapat hidup dan menjayakan aktiviti dalam suasana harmoni dengan mengetepik­an perbezaan umur, jantina, pangkat, bangsa mahupun perbezaan ideologi atau pendapat.

“Hanya menerusi persefaham­an ini, barulah kita dapat hidup harmoni sebagai satu negara majmuk yang maju,” katanya.

Menurut Hariz Aizat, biarpun berkonsepk­an kayuhan santai dan tidak menawarkan hadiah kemenangan, bagi menghargai kehadiran peserta, pihaknya turut menjalanka­n aktiviti

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia