Harian Metro

Ambil peluang dekati tokoh agama

- Nurul Husna Mahmud n urul_husn a@hmetro.com.my

Mohamed Imran pernah belajar di madrasah di Perak ketika kecil kini kembali untuk tabur jasa

Malaysia berjiran dengan negara asalnya, Singapura membuatkan pengajar agama bebas Sheikh Mohamed Imran Ishaq Angullia memilih negara ini sebagai pilihan sama ada mempelajar­i agama mahupun mengajar.

Biarpun pernah menuntut ilmu di negara lain seperti Yaman selama enam tahun, dia lebih selesa kembali ke sini kerana penerimaan dan sikap terbuka rakyatnya.

Malah, ustaz muda berusia 29 tahun ini menyatakan banyak kelebihan Malaysia membuatkan dia selesa mengajar serta menetap di sini dan itu dikongsi ketika sempat ditemu bual.

1. Berapa lama Sheikh sudah berada di Malaysia?

Saya sebelum ini dari Yaman kerana belajar di sana selama enam tahun dan pernah juga mengikuti kumpulan dakwah di Eropah. Kemudian pulang ke Singapura pada tahun berikutnya dengan menjadi imam selama setahun.

Kalau menyentuh kedatangan ke Malaysia, sebenarnya saya pernah menuntut agama di sebuah madrasah di Perak dan boleh dikatakan zaman kanak-kanak saya berpeluang membesar di sini.

Atas sebab itu juga saya mengambil peluang kembali pada September 2015 untuk melihat peluang mengajar, selain mendekati tokoh agama tersohor di Malaysia.

2. Pada pandangan Sheikh apakah tarikan Malaysia membuatkan­nya menjadi pilihan rakyat luar menetap di sini?

Sebagai guru agama sambilan, Malaysia boleh dikatakan negara sangat toleransi dan terbuka terutama memberi ruang kepada tenaga pengajar mahupun penceramah luar berkongsi ilmu di sini.

Tiada kekangan, malah kerajaan menyokong penyampaia­n ilmu dan guru datang mengajar di sini.

Buktinya banyak sekolah dan pusat pengajian agama persendiri­an dibangunka­n orang tempatan mahupun asing, asalkan berlandask­an ajaran dan saluran betul.

Jika perkara ini terus dipraktikk­an, saya percaya ramai tokoh ilmuan besar datang dan menjadikan Malaysia sebagai pusat sehenti membabitka­n pengajian agama.

3. Bagaimana keadaannya di negara Sheikh apabila mengaitkan pengajian agama di sana?

Alhamdulil­lah biarpun dalam negara republik, masih ada ruang untuk Islam berkembang.

Ditambah dengan sejarah keluarga saya dengan perkembang­an Islam di Singapura sebenarnya mempunyai kisah tersendiri yang mana moyang saya mendirikan Masjid Angullia sudah mencecah 120 tahun.

Bukan saja masjid, malah terdapat pusat pengajian agama membantu menyokong akidah komuniti Islam di sana.

4. Sepanjang berada di Malaysia dengan siapakah Sheikh sempat bertemu atau berguru?

Habib Kadzim As-Seggaf, Habib Ali Zain Abidin dan ramai lagi ulama tempatan.

5. Apa makanan tempatan disukai Sheikh?

Singapura dengan Malaysia berjiran tentu saja tidak sukar memilih makanan di sini. Saya suka nasi impit, lemang dan sate.

6. Di mana lokasi kesukaan Sheikh jika ingin melancong?

Saya suka melancong ke kawasan pantai mahupun pulau. Tambah pula ada saudara mengusahak­an pusat percutian iaitu Chalet Koko Kabana di Mersing.

Sambil bercuti, saya ambil kesempatan menziarahi keluarga dan mengadakan program ‘rehlah’ bersama anak murid di sana.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Sheikh Mohamed Imran Ishaq Angullia
UMUR: 29 tahun
ASAL: Singapura KERJAYA: Penceramah dan guru agama bebas LAMAN SOSIAL: Imran Angullia BERSAMA komuniti
Islam di Eropah.
PROFIL NAMA: Sheikh Mohamed Imran Ishaq Angullia UMUR: 29 tahun ASAL: Singapura KERJAYA: Penceramah dan guru agama bebas LAMAN SOSIAL: Imran Angullia BERSAMA komuniti Islam di Eropah.
 ??  ?? MAJLIS bersama komuniti Islam
di Eropah.
MAJLIS bersama komuniti Islam di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia